YOYO Car Pilihan Terbaik Untuk Anak Yang Aktif | Ibubapa yang prihatin dengan keselamatan dan keseronokan anak-anak pastinya memikirkan apakah permainan yang selamat dan terbaik untuk anak mereka. Ini kerana anak yang mencapai umur 2 tahun sudah mula berminat dengan permainan yang boleh dinaiki seperti kereta, basikal, ataupun mainan yang boleh ditunggang.
Kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda sebuah kereta kereta mainan manual yang dibuat daripada plastic keras dan memunyai 5 roda. Apakah alat permainan itu?
Yoyo Car/Plasma Car
Yoyo Car atau juga dikenali sebagai Plasma Car merupakan permainan kanak-kanak paling selamat dan mudah dikendalikan. Ianya diperbuat daripada material plastik yang keras, dan sangat mudah dikemudi oleh kanak-kanak walaupun baru 2 tahun.
Ciri-ciri Yoyo Car
- Diperbuat daripada ‘durable hard plastic’ dan boleh menampung berat sehingga 100 kilogram.
- Mudah dikendalikan. Tanpa pedal dan gear.
- Tanpa minyak dan bateri.
- Mudah dikendalikan diatas permukaan keras kecuali papan/kayu.
- Berat hanya 6000gram
- Maximum speed 2.8m/sec
Video cara bermain Yoyo Car/Plasma Car – Video The Yoyo Car
Terdapat 6 tayar pada Yoyo Car ini, namun hanya 4 tayar yang berpusing dan menyentuh permukaan jalan/lantai. Manakala 2 lagi tayar hadapan adalah berfungsi untuk menstabilkan Yoyo Car dan mengelakkan Yoyo Car tumbang jika melanggar objek dihadapan.
Dengan hanya memusing-musingkan stering, kereta ‘Yoyo Car’ ini akan bergerak kearah hadapan. Tanpa perlu menggunakan kaki dan ditolak dari belakang. Anak lelaki saya sangat suka dengan Yoyo Car/Plasma Car ni…
Saya belikan anak saya Ian Yoyo Car ketika dia berumur 15bulan lagi, sekarang dia dah 19bulan dan sudah pandai bermain Yoyo Car walaupun kadang-kadang dia gerakkan Yoyo Car ini menggunakan kaki dia..
Menarik kan? lebih best dia boleh bawa pergi jogging atau ke taman permainan, anak seronok kita pun mudah menjaga dia nanti…
Untuk Pertanyaan/Tempahan/Pembelian
mesti anak buah sy suka ni..
bdk2 pasti suka naik ni. hehe