May 31, 2023

Wallet Lelaki Terbaik Dan Tip Penggunaannya

Wallet Lelaki Terbaik Dan Tip Penggunaannya | Sejak kita kanak-kanak lagi, kita telah diajar oleh ibubapa kita untuk menyimpan wang saku dalam wallet atau pouch kecil jika ke sekolah atau berjalan-jalan. Tujuannya adalah untuk mendisiplinkan anak-anak untuk menyimpan wang sendiri walaupun hanya RM10 dalam wallet kita. Dulu kita tak peduli pun kualiti wallet tu sehinggalah kita dah dewasa dan tahu memilih wallet terbaik dan cara penggunaannya agar lebih tahan lama.
Jangan hairan, item seperti wallet pun ada cara penggunaannya. Bukan sekadar beli dan pakai. Ada yang kadang-kadang letak duit syiling kemudian terkejut pula masa buka wallet, syiling jatuh satu-satu atas lantai. Satu lagi, ada juga yang pakai wallet sampai tebal dan koyak rabak. Ada cara untuk elakkan semua ini. Kalau anda mahu menggunakan wallet dengan lebih bijak, mari kita baca entri kali ini dengan lebih lanjut.
1. Kemaskan Wallet Anda

Wallet Lelaki Terbaik Dan Tip Penggunaannya
Kalau anda jenis yang menyimpan SEMUA kad yang ada, masa untuk anda mentukan kad mana yang anda selalu gunakan vs kad yang anda tidak pernah atau jarang gunakan. Untuk mengelakkan dari wallet anda menjadi terlalu tebal dan dipenuhi barang yang tidak penting, kemaskan wallet anda! Ini juga dapat mengelakkan daripada wallet anda rosak.
2. Gunakan Wallet Yang Betul

Wallet Lelaki Terbaik Dan Tip Penggunaannya
Wallet bukan satu jenis sahaja. Banyak jenis seperti bifold, trifold dan lain-lain. Kalau wallet anda tidak mempunyai ruang penyimpanan duit syiling, masa untuk beli wallet yang lain. Berbeza la jika anda bukan jenis yang suka menyimpan duit syiling. Kalau nak tahu apa beza bifold, trifold dan long wallet, rajin-rajin la anda buat carian di Google.
3. Kualiti Itu Penting

Wallet Lelaki Terbaik Dan Tip Penggunaannya
Beli sekali, pakai berkali-kali. Itu sebenarnya cara yang betul. Jangan beli sekali pakai sekali sahaja. Jadi, amat penting untuk berjimat dengan membeli wallet berkualiti walaupun agak mahal semasa membelinya kerana anda akan memakainya untuk bertahun lamanya. Beli wallet yang diperbuat daripada bahan kulit asli kerana ia tahan lasak dan bergaya. Kulit sintetik pun boleh juga anda jadikan sebagai pilihan tetapi kena tengok kualiti buatannya.
Itu sahaja tips untuk hari ini. Mudah dan ringkas. Jadi lepas ini boleh la anda membeli mens wallet yang lebih bersesuaian supaya ia kekal digunakan dengan lama. 
Tunggu apa lagi jom shopping wallet!

3 thoughts on “Wallet Lelaki Terbaik Dan Tip Penggunaannya

  1. Dulu saya suka guna dompet jenis panjang.. sebab nampak cantik duit tu kena simpan. Haha..

    Tapi sekarang lebih selesa guna jenis kecil.. Senang nak masuk poket.. Lebih2 poket seluar jenis skinny.. Segala barang henpon, dompet, kunci nampak jelas kat poket. Haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *