Cara Menduduki Ujian KPP JPJ Secara Online. Pada permulaan langkah kearah memiliki CDL (Competent Driving License), anda akan menduduki Kurikulum Pendidikan Pemandu selama beberapa jam, ianya meliputi ceramah undang-undang, Kejara, dan seterusnya kelas amali dengan mengetahui RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) dan RSM (Rutin Sebelum Memandu).
Ujian KKP juga dikenali sebagai Ujian Amali. Selepas anda menghabiskan kelas amali, anda perlu menghadiri dan lulus ujian berkomputer (sekurang-kurangnya 42/50 markah) daripada JPJ untuk membolehkan anda layak diberikan Lesen L. Lesen L adalah lesen yang digunakan untuk latihan memandu kereta atau motosikal di atas jalan raya. Lesen L perlu dibawa dan dipamerkan pada kereta atau motosikal yang digunakan semasa latihan.
Tip Lulus Ujian KPP JPJ
Ini merupakan peraturan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Untuk meluluskan anda dalam Ujian KPP tersebut, anda haruslah membaca buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang diberikan semasa pendaftaran. Kesemua soalan KPP adalah 100% berdasarkan nota rujukan yang diberikan. Anda hanya perlu faham dan ingat simbol-simbol serta maksud simbol tersebut.
Saya tahu anda malas nak membaca, dulu masa ambil Ujian KPP JPJ pun saya tak sempat membaca habis buku KPP JPJ tu. Tetapi, boleh lulus dengan hanya sekali ambil ujian. Apa tip dan panduan lulus Ujian KPP ni?
Jawapannya, perlu banyak latihan menjawab soalan. Di internet sekarang ni dah banyak Software dan Ujian KPP JPJ yang disimulasikan secara atas talian (online). Anda hanya perlu jawab secara online dan faham setiap soalan yang salah dan ingat jawapan yang betul.
Buat Latihan – Jawab Ujian KPP JPJ Online
Saya tak nak anda susah-susah untuk download software Ujian KPP ni. Buat ujian secara online lebih selamat daripada download software yang mungkin terdapat virus yang boleh merosakkan komputer anda.
Terdapat 2 laman web yang mempunyai 500 lebih Contoh Soalan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) dan Ujian Buta Warna.
Antara laman web tersebut ialah:-
1 – https://ujiankpp.com/
2 – http://jpjkpptest.com/
Selain menjawab secara online, ada juga alternatif lain iaitu muat-turun apps Ujian KPP – Lesen L di Google Play Store.
Cuba tengok review daripada mereka yang pernah menggunakan Aplikasi Ujian KPP – Lesen L ini. Rata-rata yang menjalani Ujian KPP selepas mengunakan apps ini lulus dengan hanya sekali saja. Tak usah bazirkan wang anda untuk bayar extra Ujian KPP lagi.
Baca juga – Ujian RPK Dan RSM – Contoh Soalan QTI JPJ
Saya doakan kejayaan anda dalam Ujian KPP JPJ nanti ya. Dah lulus ujian komputer kpp nanti, datang sini balik dan komen keputusan anda. All the best!