May 30, 2023

Traveloka Bakal Mengadakan Flight Campaign – Make 11.11 Fly!

Tidak lama lagi cuti persekolahan akan bermula. Bagi yang mahu merancang percutian pada hujung tahun ini, saya percaya korang tengah mengintip-intip laman web AirAsia, Malaysia Airlines dan Malindo Air tu. Itu memang perkara normal kalau nak cari harga tiket yang murah untuk bercuti di dalam negara. Bagi yang mahu bercuti di luar negara, perancangan untuk melancong haruslah dibuat secara rapi dan lebih awal.
Baiklah! sebut pasal tiket flight murah ni..saya nak berkongsi sedikit tips untuk persediaan korang nanti. Tak banyak sangat tips, cuma ada 8 tips untuk mendapatkan harga tiket flight yang murah ni. Antara perkara yang perlu anda buat adalah:-
1. Tetapkan Destinasi Percutian Lebih Awal
Menetapkan destinasi perlancongan atau percutian lebih awal boleh memudahkan korang merancang pembelian tiket flight dan hotel dengan lebih teliti. Rancanglah percutian anda lebih awal dan tetapkan destinasi yang ingin dituju seawal 6 hingga 12 bulan. Seboleh-bolehnya tiket flight untuk destinasi Asia perlu dibeli awal setahun. Manakala, untuk destinasi di Eropah, seeloknya dibeli 6 hingga 8 bulan sebelum tarikh perjalanan. Tetapkan awal tetapi jangan terlalu awal kerana kebiasaanya syarikat penerbangan selalu membuat promosi pada waktu yang tidak dijangka.
2. Cuba Elakkan Percutian Ketika Waktu Puncak Dan Musim Perayaan
Lazimnya, kita akan merancang percutian masa cuti persekolahan, kerana pada masa itu saja anak-anak boleh . Malangnya, pada ketika itu adalah peak season! harga untuk flight memang akan berganda-ganda daripada hari-hari biasa. Apa salahnya, jika mahu berjimat pilihlah waktu selain cuti sekolah atau perayaan. Ambillah cuti beberapa hari atau seminggu untuk percutian tersebut.
3. Subscribe Newsletter Dari Website Syarikat Penerbangan
Kelebihan yang selalunya kita dapat apabila Subscribe Newsletter daripada laman web syarikat penerbangan adalah kita akan diberitahu lebih awal tentang sebarang promosi yang sedang berlangsung atau akan berlaku. Dengan mengetahui awal tentang promosi tersebut, korang boleh bersedia untuk membuat pembelian selepas perbandingan harga sebelum dan selepas promosi dilakukan. Jika harga promosi murah, dan bolehlah beli.
4. Buat Pembelian Tiket Pada Waktu Pagi Atau Malam
Pernah tak masa nak buat pembayaran atau pemilihan tiket, tiba-tiba website airlines tersebut tidak beri sebarang respon? Ini kerana ramai pelangan yang lain sedang menlayari website tersebut. Kesesakan dalam talian menyebabkan kemungkinan anda terlepas peluang untuk mendapatkan tiket flight murah. Jadi, untuk mengelakkan hal seperti itu berlaku, korang boleh mencuba untuk membeli tiket flight pada waktu pagi ( antara jam3 hingga 5 pagi). Trafik website penerbangan pada ketika ini kurang sibuk berbanding masa lain kerana kebanyakkannya sudah tidur dibuati mimpi indah. Gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya.
5. Pembayaran Menggunakan Debit Kad
Kebanyakkan syarikat penerbangan mengenakan caj tambahan sekiranya kita memilih membuat pembayaran menggunakan Kredit Kad. Caj tambahan yang dikenakan boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada berapa jumlah harga tiket yang dibayar. Jadi, untuk menjimatkan kos, kad debit boleh digunakan membuat pembayaran kerana selalunya tiada sebarang caj yang dikenakan. Lagi satu, anda tak perlulah berhutang dengan bank untuk bayar kredit kad tu. Debit kad lebih selamat dan boleh mengelakkan keberhutangan. 
6. Like Dan Follow Laman Sosial
Rata-rata syarikat penerbangan ada Fan Page di Facebook. Selain syarikat penerbangan, terdapat banyak juga laman web perbandingan yang juga menawarkan pelbagai promosi tiket flight yang lebih murah daripada jualan di website syarikat penerbangan itu sendiri. Antara website yang popular di negara kita adalah Traveloka. Anda bolehlah follow ketat-ketat Fan Page untuk tidak terlepas sebarang promosi hotel dan tiket yang dijalankan. Biasanya, Traveloka menawarkan promosi sepanjang tahun yang tidak dijangka. Like dan Follow untuk sentiasa up to date!
7. Sertai Program Kesetiaan (Loyalti Program)
Dengan menyertai Loyalty Program atau Program Kesetiaan, anda bukan sahaja berpeluang untuk dapat flight murah malah anda juga berpeluang untuk dapat upgrade tiket daripada Economy Class kepada Business Class dengan harga yang rendah. Berkemungkinan, anda berpeluang juga untuk dapat tiket Percuma!Antara program kesetiaan yang ada di negara kita adalah BIG Loyalty (AirAsia). 
8. Gunakan Laman Perbandingan Untuk Memilih Tiket Murah
Ini tips yang selalu orang lupa, disebabkan sudah join program kesetiaan dan subscribe newsletter maka step ini diabaikan. Tahukah anda, dengan sekali klik saja anda boleh membezakan harga tiket penerbangan ke destinasi yang ingin dituju nanti. Website yang terbaik pada ketika ini adalah, Traveloka.
Andaikata, saya dan keluarga mahu bercuti pada 26 April hingga 30 April 2018. Hasil pencarian dan perbandingan tiket penerbangan adalah seperti dibawah…
Hasil carian, untuk tiket penerbangan saya dan keluarga ke Seoul, Korea Selatan pada bulan April 2018 berjumlah RM558.76..
Memang mudah cari tiket murah! Jika kena dengan promosi, boleh jadi boleh murah lagi harga tu ditambah sekali dengan harga hotel. boleh cuba search hotel dan tiket kat Traveloka.
Traveloka Bakal Mengadakan Flight Campaign – Make 11.11 Fly!
Mungkin ada yang masih tidak tahu, ada apa dengan 11.11 ni? 11.11 adalah tarikh bersamaan dengan 11 November 2017 iaitu sambutan Hari Bujang atau Singles Day. Singles Day bukana saja boleh diraihkan oleh orang bujang tetapi ketika inilah hari menghargai antara satu sama lain, dengan membelikan hadiah untuk mereka. 
Pada 11.11 ini, banyak merchant yang terlibat menjayakan jualan besar-besaran atau Online Revolution seperti Lazada, Tmall, Taobao, AliExpress dan banyak lagi.
Selain merchant ini, Traveloka juga akan mengadakan flight campaign – Make 11.11 Fly!
Sebelum itu, kenapa mesti Traveloka?
  • Transaksi Online Yang Selamat Dan Dilindungi – Ada sesetangah orang sangat fobia membeli secara online, ini kerana tidak banyak website yang mempunyai ciri keselamatan pembelian dalam talian. Tapi di Traveloka, transaksi korang akan terpelihara dan dilindungi oleh RapidSSL Authorized Technology. Segala data dan maklumat pembeli akan selamat dan dilindungi.
  • Carian Tiket Flight Dan Hotel Yang Meluas – Mesti korang dah pernah nampak iklan Traveloka di televisen kan? Dengan perbandingan di Traveloka, hanya sekali klik sahaja kita akan dapat membandingkan beratus-ratus hotel dan tiket penerbangan.
  • Tempahan Secara Online – Saya selalu membuat pembelian hotel di Traveloka. Caranya mudah saja, hanya daftar dan log in ke laman web dan uruslah setiap pembelian korang secara online. Jika anda buat pembelian di Traveloka, hotel selalunya tak akan keluarkan resit semula. Cukup dengan resit pembelian online. Memang trusted company yang popular. Tak payah dah susah-susah nak cari travel agen atau syarikat agensi travel untuk pembelian. 
  • Perkhidmatan 24/7 (24 Jam 7 Hari Seminggu) – Jika terdapat apa-apa permasalahan berkaitan tiket atau apa-apa saja masalah, korang boleh contact sendiri khidmat pelanggan Traveloka kerana layanan diorang adalah dalam tempoh 24 jam selama 7 hari seminggu.

So, ini adalah flight campaigns yang akan ditawarkan di Traveloka- Make 11.11 Fly ni?

Traveloka Bakal Mengadakan Flight Campaign - Make 11.11 Fly!

Campaigns: Make 11.11 Fly!

Date For The Campaigns: 10, 11, 12, 13 November 2017

Campaigns Details: 
  1. Minimum 2 pax include return
  2. Travel anywhere
Untuk pembelian dan sebarang maklumat lanjut tentang kempen Make 11.11 Fly! di Traveloka ini..layari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111

13 thoughts on “Traveloka Bakal Mengadakan Flight Campaign – Make 11.11 Fly!

  1. satu kelebihan blog bro ialah menulis informmasi yang lengkap dan menarik..

    memang patut Google suka..

    saya pun nak bercuti di luar negeri ..

    tunggu rezeki mencurah-mencurah dulu la..

    aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *