May 31, 2023

Terima Komisen Affiliate Klikjer September 2016

Terima Komisen Ketiga Affiliate Klikjer.com September 2016 | Hasil usaha untuk menghasilkan artikel berkualiti yang digemari enjin carian google, maka terhasillah sedikit pulangan bonus dengan komisen yang tak seberapa ini.
Sungguhpun nilainya hanya 2 angka, namun angka kecil ini mampu memberi impak positif untuk membakar semangat yang tinggi memacu naluri sebagai blogger untuk berusaha lebih gigih. Disamping berkongsi ilmu untuk mereka yang memerlukan panduan, kita dapat juga menjana pendapatan sampingan hasil komisen pembelian produk digital klikjer.com.
Ini adalah komisen ketiga yang saya perolehi menerusi penjualan produk digital klikjer.com. Terdapat banyak produk digital yang dijual di laman web affiliate klikjer.com, terpulanglah nak promote mana satu untuk diketengahkan kepada pembaca. jika pembaca berkenaan berminat dan melakukan pembelian, anda akan mendapat 70% komisen daripada nilai harga produk.

Akhirnya, komisen mencecah 3 angka. Pencapaian selama 3 bulan blogging nampaknya semakin memberi impak positif kepada saya. Page view blog dah mencecah 3000++ sehari hasil Teknik SEO merah jambu yang saya terapkan dalam setiap entry.
Selain program affiliate klikjer.com, saya juga menyertai program affiliate Tim Infokerjaya, InvolveAsia dan Lazada. Komisen yang saya perolehi akan saya kongsikan dari masa ke semasa. Biar korang jeles dengan nilai angka tu, supaya semangat korang berblog boleh tercabar hehe…
Nak buat duit dengan blog juga? daftar affiliate klikjer.com sini – Daftar Affiliate Klikjer

5 thoughts on “Terima Komisen Affiliate Klikjer September 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *