May 31, 2023

Terima Komisen Affiliate Klikjer Disember 2016

Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya, kini tahun 2017 menjelma, saya menjangkakan cabaran dunia blogging semakin banyak, kekangan masa dan sasaran kerja pada tahun 2017 ini memang lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelumnya..
Komisen kali ini merupakan komisen ke-5 bagi program affiliate klikjer.com sepanjang tahun 2016. Kali ini, saya hanya berjaya membuat jualan ke 8, 9 dan 10. Mungkin disebabkan 2 minggu tiada update blog trafik agak slow dan semua orang bercuti balik kampung..kalau nak tau, kampung saya tak berapa bagus line internetnya, naik bukit dapatlah H+..sedih sungguhlah..huhu..

Cara Dapat Komisen klikjer
Komisen Affiliate Klikjer Disember 2016
Namun begitu, saya rasa bersyukur sangat sebab dalam beberapa bulan ini saya boleh menjana pendapatan melalui blog secara konsisten setiap bulan. Rahsianya? taip je di google memang ramai blogger yang kongsikan rahsianya..bagi saya, yang pertama adalah artikel dengan kekuatan SEO yang mampu berada di halaman pertama enjin carian sebagai faktor utama jualan berjaya. Keduanya, kualiti artikel anda sendiri boleh menarik minat pengunjung mendapatkan ebook tersebut.
Bagi anda yang belum mendapat komisen dengan affiliate klikjer ni, saya sarankan anda sentiasa follow-up page Klikjer.com di facebook kerana page tersebut sentiasa meng’update’ Carta TOP 10 Ebook Klikjer setiap bulan. So, bolehlah fokus untuk ebook mana yang hendak ditulis dalam entry anda nanti.
Sekian dan mari kita sama-sama tingkatkan usaha di tahun 2017 ini! 
Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..

18 thoughts on “Terima Komisen Affiliate Klikjer Disember 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *