Tempahan Kek Cheese Meleleh Hasil Air Tangan Aie You | Nama kek ini saja pun cukup membuatkan orang terliur dan tidak sabar untuk merasainya sendiri. Itulah penangan Kek Cheese atau Kek Keju Meleleh hasil air tangan anak gadis Sarawak yang kini sedang aktif menjual Kek Cheese di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak secara part time.
Kek Cheese Meleleh merupakan kek pilihan ramai ketika ini. Tidak hanya kaya dengan krim Cheese dan Cheese parut, ia juga diperbuat daripada kek span yang gebu dan lembut. Tidak hairanlah ramai yang tak tahan melihat rupa kek cheese ini tanpa memakannya, nak makan kenalah beli kan hehe..
Kali ini, saya sempat membuat tempahan melalui facebook messenger Miss Aie You (bukan nama sebenar) memandangkan terdapat satu pek Kek Cheese yang available semalam. Saya difahamkan, Aie You menjual 3 jenis pek iaitu saiz kecil, setengah kilogram dan satu kilogram.
Ini adalah beberapa gambar Kek Cheese yang saya beli dengan Miss Aie You semalam. Anak lelaki saya memang suka makan kek ni, walaumacam mana pun, perlu dikawal juga pemakanannya takut terlebih makan pula..

Anak lelaki saya dah tak sabar nak makan Kek Cheese Meleleh tu, masuk dalam rumah ja terus duduk di kerusi dia. Begitulah reaksi Ian apabila nampak makanan, terus berdisiplin menunggu di kerusi meja dia .
Dengan parutan cheese diatas permukaan krim cheese, kek cheese meleleh ini kelihatan sungguh menyelerakan.
Kek Cheese diatas ini adalah setengah kilogram, harganya adalah RM18. Untuk saiz 8×8 harga yang ditawarkan oleh Miss Aie You boleh dikatakan murah jika dibandingkan dengan kek yang dijual di kedai-kedai bakeri iaitu RM35.
Saya dah lama memerhatikan bisnes part time Miss Aie You ini melalui akaun facebooknya, (bukan stalking ya, memang keluar di timeline saya haha..) kekentalan beliau memulakan bisnes ini mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada anak-anak muda pada masa sekarang. Walaupun baru mula, tetapi mampu menjual puluhan pek Kek Cheese Meleleh secara online dalam sehari.
Ini adalah beberapa costumer Aie You yang sangat gembira dan berpuas hati dengan Kek Cheese dan perkhidmatan delivery yang disediakannya. Cakap jak sinek tempat kitak untuk COD (Cash On Delivery) di Bandaraya Kuching, Aie You akan hantar dengan kitak..
Semua orang boleh
mulakan bisnes bakeri dari rumah, macam Miss Aie You ini. Tetapi, bukan semua orang mampu bertahan lama. Saya mendoakan agar bisnes bakeri Miss Aie You berkembang dan apabila dah jumpa prospek bolehlah fikirkan untuk buat bakeri sendiri..
Gadis bertudung coklat inilah Miss Aie You..
Untuk tempahan Kek Cheese Meleleh di sekitar kawasan Bandaraya Kuching, anda boleh menghubungi Aie You melalui;
Dijamin Sedap! hehe..
meleleh air liur tengok
sedapnyer kek tu…
Pergh.. cheese dia meleleh macam air liur saya.. Kek pun lawa macam Miss Aie You juga..
hehe <3
time raya, sy selalu order cheese cake dgn kwn. nak buat sendiri, mcm malas plak