Tempahan Brownies Di Kota Kinabalu. Selalu kita dengar Kek Cheese, Kek Span, dan sebagainya. Semua itu memang kebiasaan jika ada majlis hari jadi, dan perkahwinan. Berbeza dengan brownies, kepadatannya memang sentiasa menyelerakan. Brownies juga sesuai dimakan ketika sarapan pagi, minum petang dan hidangan untuk majlis-majlis tertentu.
Brownies sebenarnya berasal daripada Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Kini, brownies semakin mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia. Pelbagai kreativiti hiasan dan resepi brownies diketengahkan.
Kelainan Brownies Berbanding Kek
Jika dibezakan dengan kek, brownies mempunyai satu lapisan yang sangat nipis dan rapuh selepas ianya dibakar akibat pengkaramelan gula. Selain itu, kelainan brownies juga adalah pada teksturnya yang lebih padat, lembap dan apabila dikunyah terasa macam mengunyah gula-gula lembut. Jika tanya saya, saya lebih suka makan brownies berbanding kek kecuali kek cheese haha..
Saya percaya, ramai orang diluar sana sedang mencari-cari kedai jualan brownies di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Mungkin ramai yang buat, tetapi tak ramai yang ada perkhidmatan Cash On Delivery (COD) seperti Home Brownies ini lakukan sekarang.
Home Brownies Tawar Tempahan Brownies Di Kota Kinabalu
Menggunakan nama akaun Instagram Home Brownies , mereka pada ketika ini menyediakan 2 saiz brownies iaitu Mini Pack dan Big Pack. Dimana, masing-masing dengan 4 jenis dan 8 jenis pack yang mempunyai harga yang berbeza-beza.
Jenis Dan Harga Brownies Mini Pack
- Plain RM12.90
- Almond @ Oreo RM13.90
- Nutella @ Walnut Caramel RM14.90
- Cheese RM15.90
Jenis Dan Harga Brownies Bigbox:
- Plain RM33.00
- Almond RM35.00
- Oreo RM35.00
- Nutella RM45.00
- Walnut RM40.00
- Walnut Caramel RM42.00
- Cheese RM50.00 (only available for bigbox)
- Mix 3flavor RM45.00
Harga ini memang agak murah berbanding tempat lain…
Nak tempah sekarang? 🙂
Sebelum itu, mari tengok brownies yang pernah dihasilkan Home Brownies dibawah ini..
![]() |
Aneka pilihan brownies untuk Minipack |
![]() |
Almond/Oreo (Minipack) |
![]() |
Nutella/Walnut Caramel |
![]() |
Almond/Oreo (Bigpack) |
![]() |
Aneka pilihan brownies untuk Bigpack |
![]() |
Brownies untuk hari lahir orang tersayang |
Saya mendapat maklum yang, pihak Home Brownies ingin membuka peluang perniagaan sampingan kepada sesiapa saja untuk menjadi agen di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Untuk membolehkan anda mendapat harga agen, anda perlu membuat tempahan minimum 5 pack. Penghantaran akan dilakukan pada setiap hari Rabu & Jumaat. Manakala, untuk tempahan haruslah 2 atau 3 hari sebelum penghantaran.
Jadi, sekiranya anda mahu membuat tempahan brownies, sila follow akaun instagram dibawah atau whatsapp nombor yang tertera:
Ig: @home_brownies
Hari penghantaran: Setiap Rabu & Jumaat
Masa tempahan: 2@3hari sebelum penghantaran
saya suka makan brownies..
kalau dapat orang rumah yang pandai buat brownies lagi suka bro..
suka sangat=sangat [ gurau je ]
Peminat brownies..rasa nk cari brownies lah.
menarik ni Elih…
nampak brownies ni pun dah tahu mesti sedap….
bukan setakat boleh makan sendiri, nak bagi hadiah untuk kengkawan pun boleh juga.
memang fav lah kek brownies ni!
Feveret ay ni brownies..klau dekat hari2 mengorder ni haha
nyummy
waaa.. nnti pegi sabah insyallah nak cuba ni.. hehe tq tuan for sharing ni.