Tarikh Duit BR1M 2018 Masuk Akaun Bank Penerima. Ramai yang menantikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia daripada Kerajaan tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, pemberian BR1M dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu pada bulan Febuari, bulan Jun dan bulan Ogos 2018.
Bagi anda yang sudah mengemaskini permohonan dan maklumat peribadi tempoh lalu, status BR1M sepatutnya ‘Dalam Proses’ telah berubah kepada ‘Lulus’ atau ‘Gagal’ dengan kod alasan tertentu. Pihak LHDN akan selesai untuk proses verifikasi maklumat dan semakan kelayakan bagi pemohon yang layak.
Jadual Pembayaran BR1M 2018
Bagi yang rasa-rasa diri tu layak, sekali dimaklumkan bahawa Jadual Bayaran BR1M adalah seperti dibawah. Manakala, tarikh sebenar bila duit BR1M dikreditkan ke akaun bank atau penunaian baucer BR1M akan dimaklumkan kemudian.
Adakah anda layak?
Semak Keputusan Permohonan BR1M anda disini – e-BR1M
Anda memang sudah sedia maklum, pemberian BR1M dan pengkreditan duit ke akaun anda akan dilakukan secara 3 peringkat (kecuali kategori bujang). Iaitu mengikut ketetapan berikut:
Kategori 1 (Individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah) (RM450)
18 Febuari 2018 – RM450
Kategori 2 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000 (RM900)
18 Febuari 2018 – RM300
Jun 2018 – RM300
Ogos 2018 – RM300
Kategori 3 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah (RM1,200)
18 Febuari 2018 – RM400
Jun 2018 – RM400
Ogos 2018 – RM400
Mungkin ramai yang tidak tahu, sekarang ni semakin mudah untuk anda membuat semakan permohonan. Hanya dengan memuat-turun aplikasi mobile Semakan BR1M anda sudah boleh semak status terkini permohonan BR1M tu.
Baca juga – Semak Status Permohonan BR1M Melalui Aplikasi BR1M
Untuk semakan, anda boleh gunakan 2 cara iaitu melalui:-
1- Laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
Walaubagaimanapun, pemakluman keputusan permohonan BR1M 2018 juga akan diberitahu melalui surat makluman mengikut alamat dalam Borang Permohonan BR1M. Selain itu, pemberitahuan juga akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan. Namun, kebiasaannya surat makluman ini hanya sampai kepada kita selepas BR1M telah selesai dikreditkan atau diserahkan.
So, adakah anda layak dan berjaya dapat BR1M? Kalau layak, tahniah! kalau tidak nak buat macam mana kan, pasti ada rezeki lain yang kita dapat juga nanti.
Cara Duit BR1M Masuk Akaun
Duit BR1M akan diserahkan kepada anda melalui 2 kaedah iaitu melalui akaun bank, dan melalui Baucer BR1M 2018 yang boleh diperolehi di cawangan LHDN atau Pejabat Daerah dikawasan anda. Duit baucer 2018 tersebut boleh ditunaikan di CIMB Bank, BSN dan Maybank.
Senarai Bank Yang Terlibat Bagi Pembayaran BR1M 2018
So, untuk Fasa 1 pemberian BR1M, tarik duit masuk akaun penerima adalah bermula pada 18 Febuari 2018
Semoga perkongsian Tarikh Duit BR1M 2018 Masuk Akaun Bank ini membantu menjawab persoalan anda tentang bila duit BR1M masuk akaun, tarikh duit BR1M masuk akaun, dan cara untuk menyemak keputusan BR1M.
Semoga ‘LULUS’ ya! hehe..
bagi yang layak dan lulus memang sangat beruntung..
tahniah untuk mereka
Tahniah kepada yang dapat BR1M..