May 31, 2023

Tarikh Bayaran Khas Bonus Hari Raya Aidilfitri 2018 Untuk Penjawat Awam

Tarikh Bayaran Khas Bonus Hari Raya Aidilfitri 2018 Untuk Penjawat Awam. Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, berita yang ditunggu-tunggu adalah Bonus Hari Raya atau Bantuan Khas Aidilfitri yang diumumkan pihak Kerajaan Pusat. Tujuan pemberian ini adalah bagi meringankan beban perbelanjaan untuk sambutan raya nanti.
Seperti yang kita semua tahu, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan pemberitahuan Bantuan Khas serta Bonus sebanyak RM1,500. Pemberian ini dibuat dua kali, dan RM1,000 telah dibagi pada awal bulan Januari 2018. Manakala, RM500 lagi akan dikreditkan ke akaun penjawat awam pada minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh Pembayaran Bonus Hari Raya 2018

Ramai yang nak tahu, selepas ambil alih Kerajaan oleh Pakatan Harapan (PH) pada 9 Mei 2018 lalu. Adakah pemberian bonus hari raya ini masih diteruskan atau dibatalkan?
Mengikut makluman pihak pentadbiran, bonus raya ini telah dikeluarkan pekelilingnya pada bulan Disember 2017 lagi. Dan ianya kekal tidak ada perubahan.
Tarikh Bayaran Khas Bonus Hari Raya Aidilfitri 2018 Untuk Penjawat Awam

Bila Tarikh Pembayaran Bonus Raya 2018?

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ini akan dibayar pada 7 Jun 2018
Ini bermakna, bayaran khas/bonus Aidilfitri dan gaji bulan Jun 2018 adalah dibayar serentak. 
0% GST akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2018. Namun begitu, penjawat awam hanya akan dibayar gaji pada bulan Julai pada 25 Julai 2018. So, penjawat awam ada 49 hari bekerja sebelum gaji nanti.
Berbelanjalah dengan berpada-pada. Rancang kewangan anda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *