Tarikh Bayaran Bonus Bantuan Khas Penjawat Awam 2019 | Tidak lama lagi, berakhirlah tahun 2019. Maka, tahun 2020 yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia khususnya pemimpin negara kita merenung kembali pencapaian negara samada mencapai matlamat kemajuan ataupun tidak.
Begitu juga dikalangan penjawat awam, apabila tiba penghujung tahun, perkara yang dinanti-nantikan adalah Tarikh Bayaran Bonus atau Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019.
Bantuan Khas Kewangan 2019 ialah pemberian khas Kerajaan Persekutuan kepada penjawat awam dalam Kumpulan Pengurusan Profesional, Kumpulan Pelaksana dan juga Pesara Kerajaan sepertimana yang telah diumukan dalam pembentangan bajet 2020.
Bayaran Bonus Bantuan Khas Kewangan 2019 akan dibayar bulan Disember 2019. Berikut adalah maklumat mengenai jumlah dan tarikh pembayaran bantuan khas tersebut.
Tarikh Dan Jumlah Bayaran Bonus Kakitangan Kerajaan
PENERIMA
|
AMAUN
|
TARIKH BAYARAN
|
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan Ke Bawah
|
RM500
|
18 Disember 2019
|
Pesara Kerajaan, Pesara Paksa Skim KWSP dan Veteran Tidak Berpencen
|
RM250
|
18 Disember 2019
|
Untuk rujukan dan maklumat lanjut tentang tarikh bayaran bonus ini, anda boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2019 Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 di sini
Dalam Surat Pekelililng ini, anda akan ketahui perincian pegawai yang layak menerima bantuan khas dan pegawai yang tidak layak menerimanya.
Semoga dengan bayaran khas atau bonus penjawat awam ini akan menjadi motivasi dan pencetus semangat kepada kakitangan Kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan mutu kerja masing-masing untuk tahun 2019 dan seterusnya.
Terima kasih kerana membaca artikel Tarikh Bayaran Bonus Bantuan Khas Penjawat Awam 2019 ini.