May 31, 2023

Tambah Pelaburan ASNB Secara Online Sempena LOL Labur Online 2016

LOL Labur Online 2016 | LOL Labur Online 2016 kini kembali. Hadiah yang ditawarkan lebih hebat daripada sebelumnya. Jika anda anda pemegang akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), Amanah Saham Gemilang (ASG) atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia), anda dijemput menyertai kempen LOL Labur Online 2016.

Kelayakan Penyertaan

Kempen ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali semua kakitangan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad iaitu kakitangan Permodalan Nasional Berhad, ASNB, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, PNB Equity Resource Corporation Sdn. Berhad, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad, Amanah Mutual Berhad, PNB Management Services Sdn. Berhad dan PNB Investment Institute Sdn
Berhad.
Untuk layak menyertai kempen ini, peserta mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  1. Peserta mestilah seorang pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (“ASB”), Amanah Saham Bumiputera 2 (“ASB 2”) atau Amanah Saham 1Malaysia (“AS 1Malaysia”);
  2. Peserta mestilah membuat pelaburan seperti berikut dalam ASB, ASB 2 atau AS 1Malaysia (“Pelaburan”): Pelaburan minima sebanyak RM100 sehingga pelaburan maksima sebanyak RM499 per transaksi (“Kategori Satu”); atau Pelaburan sebanyak RM500 ke atas per transaksi (“Kategori Dua”);
  3. Pelaburan mesti dibuat melalui portal perbankan internet ejen-ejen ASNB iaitu melalui www.maybank2u.com.my, www.cimbclicks.com.my, https://logon.rhb.com.my atau www.affinonline.com; dan
  4. Pelaburan mesti dibuat dalam Tempoh Kempen. Setiap pelaburan yang berjaya akan dianggap sebagai satu (1) penyertaan. 

Baca selanjutnya, disini – Promo LOL Labur Online 2016

Hadiah-Hadiah 

Terdapat 203 hadiah berupa yang akan diberikan kepada peserta yang menang. Ianya terdiri daripada 2 bahagian iaitu :

Hadiah Utama
Pertama – RM5000
Kedua – RM3000
Ketiga – RM2000

200 Hadiah 
RM500 (50 pemenang) – Kategori 2
RM100 (150 pemenang) – Kategori 1

Cara Menyertai Kempen LOL Labur Online 

Pemegang akaun pelaburan ASB, ASB 2,ASG dan AS 1Malaysia hanya perlu membuat pelaburan secara atas talian(online) sebanyak RM100 hingga RM500 melalui ejen-ejen iaitu :

Mayban2u – www.maybank2u.com.my
Cimbcliks – www.cimbclicks.com.my
Affinonline –  https://logon.rhb.com.my
RHB – www.affinonline.com

Setiap transaksi pelaburan yang berjaya layak untuk 1 penyertaan. Tiada had penyertaan. Kempen bermula dari 10 Oktober hingga 9 Disember 2016.

Jika anda berminat melabur saham? klik sini

Semoga berjaya nanti…

3 thoughts on “Tambah Pelaburan ASNB Secara Online Sempena LOL Labur Online 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *