May 30, 2023

Susunan Sijil Dan Dokumen Untuk Temuduga SPA

Susunan Sijil Dan Dokumen Untuk Temuduga SPA | Tahniah kerana berjaya dipanggil untuk hadiri temuduga SPA. Bagi sesetengah jawatan, calon dikehendaki untuk menjalani Ujian Psikometrik, Peperiksaan dan ujian fizikal/kecerdasan. Namun, kebanyakkan jawatan tidak memerlukan ujian, peperiksaan dan ujian fizikal, calon terus dipanggil ke sesi temuduga jika berjaya dalam tapisan pihak SPA.
Susunan Sijil Dan Dokumen Untuk Temuduga SPA
Dalam keseronokan kerana dipanggil temuduga, persaingan dalam sesi temuduga bukanlah suatu perkara yang remeh kerana anda bersaing dengan puluhan ribu calon lain yang mempunyai harapan tinggi untuk diterima bekerja dalam sektor awam. Tanpa persediaan awal, anda mungkin hadir temuduga sia-sia!
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Menghadiri temuduga SPA adalah permulaan yang tidak boleh dilepaskan oleh calon-calon temuduga. Sebab itulah, FIRST IMPRESSION itu adalah sangat-sangat penting! Anda perlu menang pada pandangan pertama penemuduga SPA!
Ada banyak faktor yang akan menonjolkan peribadi anda. Pakaian, kesopanan, gaya bahasa, body language dan kekemasan susunan fail atau dokumen untuk temuduga SPA. Kuncinya, anda kena belajar dan buat persediaan awal. Tak rugi bertanya kepada yang lebih berpengalaman dan jika anda malu-malu nak tanya, ada Ebook Panduan Temuduga Kerja Kerajaan yang mungkin akan membantu anda buat persediaan temuduga nanti.
Susunan Sijil Dan Dokumen Untuk Temuduga SPA
PERSEDIAAN PENTING TEMUDUGA SPA
Seringkali kita terlupa akan sesuatu perkara yang penting apabila menghadiri sesi temuduga. Selain daripada persiapan pakaian, kemahiran dan komunikasi yang perlu anda perbaiki sebelum ke sesuatu temuduga, persediaan dokumen untuk ditemuduga juga merupakan suatu elemen yang penting. Ini adalah kerana dokumen yang akan anda bawa boleh menarik minat atau merosakan peluang anda di hadapan seseorang penemuduga itu tersendiri. 
Disini saya sertakan Cara Penyediaan Dokumen yang sepatutnya anda persiapkan sebaik sahaja anda menerima sesuatu jemputan untuk ditemuduga SPA atau di mana – mana syarikat yang berkaitan
Dokument salinan yang perlu dibawa :
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil lahir
  3. Sijil kewarganegaraan ( jika ada )
  4. Sijil berhenti sekolah
  5. Sijil SPM Original
  6. Sijil STPM Original
  7. Sijil Diploma Original
  8. Transkrip Diploma Original

(DOCUMENT ASAL WAJIB DIBAWA)
SUSUNAN SIJIL DAN DOKUMEN UNTUK TEMUDUGA

Dalam temuduga, susunan sijil dan dokumen untuk temuduga adalah satu benda yang amat serius. Sebab itu kalau anda masuk bilik temuduga, awal-awal lagi dia dah minta anda susun siap-siap semua dokumen itu untuk memudahkan penemuduga tengok dokumen tersebut.
Tapi, persoalan dia sekarang ni macam mana susunan sijil dan dokumen untuk temuduga ni  ? Jom tengok susunan sijil dan dokumen temuduga dibawah:
SUSUNAN SIJIL DAN DOKUMEN UNTUK TEMUDUGA

Pertama sekali anda kena sediakan file lut sinar/transparent untuk memudahkan penemuduga tengok dokumen dengan mudah. Kalau nak tahu file tu macam mana, boleh tengok gambar dibawah ni.
Sumber Gambar: blog.maukerja.my
Yang kedua, susun kesemua dokumen di bawah ini mengikut turutan yang telah saya sediakan seperti dibawah ni.
  1. Kad pengenalan/ ic
  2. Sijil kelahiran
  3. Sijil berhenti sekolah
  4. Sijil spm
  5. Sijil stpm *kalau ada
  6. Trankrip matrikulasi *jika ada
  7. Ijazah sarjana muda *jika ada
  8. Surat pengesahan tamat belajar*jika ada
  9. Transkrip sarjana muda/ijazah **jika ada
  10. Sijil kokurikulum *tingkatan 4 ke atas
  11. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
  12. Resume

Ini adalah susunan yang betul untuk fail yang dibawa ketika temuduga nanti. Ianya bertujuan untuk memperkemaskan fail dan memudahkan penemuduga menyemak dokumen anda. Jika disusun dengan betul dan cantik dimata penemuduga, anda sudah berjaya memenangi hati penemuduga untuk second impression.
Nak lebih panduan temuduga serta penulisan resume? Rujuk SINI !
Semoga berjaya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *