SSPN-i Plus Atau SSPN-i Wajib Untuk Permohonan Pinjaman PTPTN | Sejak penambahbaikan SSPN-i kepada SSPN-i Plus, ramai ibubapa yang semakin menyedari tentang kepentingan penyimpanan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Lazimya kita ketahui, ada beberapa keperluan yang semakin meningkat tahun demi tahun. Antaranya adalah Pendidikan, Kos Perubatan, dan Hartanah. Kos melibatkan 3 aspek ini amat membimbangkan kita, jika tiada perancangan masa hadapan pastinya kita akan menghadapi masalah nanti.
Rancang Masa Depan Pendidikan Anak
SSPN-i pada mulanya merupakan satu skim simpanan yang diwajibkan untuk setiap permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN. Seorang pelajar yang memohon pinjaman pendidikan PTPTN haruslah membuat akaun SSPN-i sebagai simpanan pendidikan mereka di mana-mana cawangan Bank, atau kaunter PTPTN.
SSPN-i Plus pula adalah penambahbaikan sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN-i Plus menggunakan konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran bergantung kepada pakej yang dipilih.
Pakej Yang Ditawarkan Dalam SSPN-i Plus
PAKEJ
|
Intan
|
Delima
|
Topas
|
Zamrud
|
Nilam
|
Berlian
|
Simpanan SSPN-i
|
RM20
|
RM40
|
RM90
|
RM180
|
RM270
|
RM200
|
Sumbangan Takaful
|
RM10
|
RM10
|
RM10
|
RM20
|
RM30
|
RM300
|
Jumlah Komitmen Bulanan
|
RM30
|
RM50
|
RM100
|
RM200
|
RM300
|
RM500
|
Perbezaan Antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i
Perkara
|
SSPN-i Plus (SSPN-i + Takaful)
|
SSPN-i
|
Komitmen Minimum
|
Serendah RM30/ sebulan.
|
Tiada
|
Sumbangan Takaful
|
Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih.
|
Percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas)
|
Manfaat Takaful
|
a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.
|
a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit).
|
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.
|
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit).
|
|
c) Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.
|
c) Tiada
|
|
d) Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.
|
d) Tiada
|
|
e) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
|
e) Tiada
|
|
f) Khairat kematian mengikut pakej:
(i) Pendeposit – sehingga RM18,000, (ii) Pasangan – sehingga RM9,000, dan (iii) 3 anak – sehingga RM2,000 seorang. |
f) Khairat kematian bagi:
(i) Pendeposit – RM2,000, dan (ii) Penerima manfaat – RM500 |
|
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan
|
a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
|
a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
|
b) Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
|
b) Tiada
|
|
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT)
|
Tiada.
|
Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
|
Syarat Pembukaan Akaun
|
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri. b) Anak sendiri, dan c) Anak jagaan yang sah. |
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri, b) Anak sendiri c) Anak jagaan yang sah d) Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 28 tahun |
Faham tak perbezaan dia?? kalau faham, bagus sebab banyak sangat kelebihan dan manfaat SSPN-i Plus ini..
Paling best, bayi yang baru berumur 1 hari saja pun sudah boleh membuka akaun SSPN-i Plus. Tanpa penghantaran surat sokongan dan laporan kesihatan.
Ingat! Jika anda ada salah satu akaun simpanan pendidikan SSPN-i atau SSPN-i Plus, anda sudah layak untuk memohon pinjaman PTPTN.
Dah faham?
Buka akaun SSPN-i Plus Secara Online – Cara Buka Akaun SSPN-i Plus
Selain simpanan dan perlindungan takaful, anda juga berpeluang memenangi Cabutan Wow! yang menawarkan hadiah cabutan berjumlah RM1,500,000.
Ramai yang dah buka akaun SSPN-i Plus tapi risau bagaimana untuk membuat penambahan / bayaran bulanan?
Semoga membantu.