May 31, 2023

Soft Aiskrim Gula Apong Kegemaran Anak Lelaki Saya

Soft Aiskrim Gula Apong | Hari ini adalah hari perayaan Chinese New Year bagi kaum Cina di seluruh dunia. Chinese New Year merupakan hari bermulanya tahun mengikut kalendar Cina. Kalau nak tahu, tahun 2017 adalah tahun ayam..orang Sarawak panggil Manok..setiap tahun dan binatang dalam kalendar Cina mempunyai feng shui nya tersendiri. Nak tahu google ja okay..
Kali ini, saya nak cerita pasal Soft Aiskrim Gula Apong dan Potato Story..
Dah lama dah saya perhati tingkah laku bisnes Potato Story ni..dulu sikit ja cawangan sekarang dah 14 cawangan di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kenapa cepat berkembang? sebab orang suka makan Potato French Fries, suka makan Aiskrim Gula Apong..nak tahu apa rahsia kesedapan potato dia? Potato Story ketika ini mempunyai 12 flavour dalam rempah dan 9 flavour dalam sos yang digunakan..itulah rahsianya!

Antara yang menarik minat saya adalah Gula Apong Ice Cream. Siapa yang pernah cuba ice cream ni pasti tau nikmat dia? pergghhh..memang sedap, manis tak terkata..kalau habis secawan mesti nak lagi..

Ini adalah mesin Soft Aiskrim. Mesin Soft Aiskrim ni harga dia sekitar RM9000 hingga RM11000. Boleh masukan 1 packet Aiskrim Liquid dalam tu dan boleh jual dalam 50-80 cawan. Biasa peniaga akan kata, sehari boleh untung RM100 tetapi bergantung kepada pelanggan yang membeli pada hari itu juga.

Yang bestnya, ada awek siap tolong tarik pemegang batang hitam tu..ianya seakan-akan menambahkan lagi kesegaran Gula Apong Aiskrim yang keluar dari Mesin Soft Aiskrim tu..hahaha..

Inilah dia Gula Apong Ice Cream tu..kali ini beli yang medium saja, tak nak beli yang cup besar sebab anak lelaki saya ni kalau dah menghadap aiskrim gula apong ni memang dia akan bantai  makan sampai habis..disebabkan manis, kami terpaksa disiplinkan dia..makan aiskrim dengan hanya disuapkan sahaja..

Nampak sedih diwajah dia, nak jugak makan sendiri tu tapi apakan daya..mak bapak dia tak bagi huhu..

Sekali masuk mulut, 10 saat saja dah habis dia telan..kena suap terus aiskrim tu kalau lambat sikit dia terus merengek mau menangis..betapa hebatnya bisnes aiskrim ni kan? Potato Story memang pandai menarik minat pelanggan termasuk pelanggan kanak-kanak..
Potato Story hanya ada di Borneo buat masa ini..jika berminat nak mencuba Potato French Fries dan Gula Apong Ice Cream? layari fan page Potato Story untuk melihat lokasi kedai jualan mereka – Fan Page Potato Story

[ Baca ] – Panduan Memulakan Bisnes Aiskrim

Suka makan aiskrim jugak? Mestilah suka kan…

Sebab itu kalau nak buat bisnes, carilah bisnes yang memang ramai orang suka dan mudah dijual..kepada Potato Story, semoga bisnes bertambah maju..bila dah maju dan berdaftar sebagai syarikat Francais nanti bolehlah saya planning nak buka satu cawangan di Sabah..huhu..
Jom makan Gula Apong Ice Cream..

One thought on “Soft Aiskrim Gula Apong Kegemaran Anak Lelaki Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *