May 30, 2023

Soalan Lazim Dan Tip Temuduga Kerja Kerajaan

Sememangnya, bekerja sebagai penjawat awam adalah merupakan impian kebanyakkan orang. Tak kiralah yang baru sahaja tamat belajar, yang sedang belajar, malah yang sudah bekerja pun masih mahu merebut peluang menjawat jawatan di sector kerajaan. Maklumlah, bekerja dengan kerajaan ini memang banyak kelebihannya.
Soalan Lazim Dan Tip Temuduga Kerja Kerajaan
Saya percaya, anda berada dalam blog ini kerana mahu pelajari dan mengetahui sedikit sebanyak contoh-contoh soalan lazim yang ditanyakan ketika temuduga kerja kerajaan. Mungkin ini kali pertama anda dipanggil dan mungkin juga yang kedua atau ketika anda dipanggil temuduga!

Kelebihan Sebagai Penjawat Awam

Saya faham, ramai yang risau, dan gementar kerana tidak tahu apa persediaan yang sepatutnya dibuat. Apakah soalan-soalan yang mungkin ditanya? Apa jawapan yang sepatutnya diberikan?
Impian anda untuk menyertai pasukan penjawat awam semakin hampir. Anda lulus temuduga ini, maka anda boleh menikmati manfaat seperti dibawah ini:
  1. Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  2. Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak
  3. Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
  4. Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah
  5. Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
  6. Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
  7. Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)
  8. Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)
  9. Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
  10. Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
  11. Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan
Tambahan lagi, baru-baru ni ada diumumkan kakitangan kerajaan yang mengandung boleh balik awal sejam. Memang rajinlah beranak kalau macam ni. Hehe.

5 Faktor Utama Kegagalan Temuduga

Ini adalah fakta yang penting perlu anda tahu! Dah tahu nanti, maka bolehlah cuba elakkan dan perbaiki mana yang lemah.
  • Lebih 90% calon temuduga tidak membuat persediaan
  • Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan
  • Komunikasi yang kurang lancar
  • Penampilan yang kurang sesuai
  • Over confident! Terlalu yakin!

Jika ada salah satu punca utama kegagalan ini ada pada diri anda, buatlah persediaan awal. Tepuk dada tanya lah selera.

Soalan Lazim Dan Tip Temuduga Kerja Kerajaan Di SPA

Untuk yang dipanggil dan bakal dipanggil temuduga, pastikan  anda buat persediaan yang mantap! Hadir temuduga tu buatlah persediaan sikit. Tips penting temuduga kerajaan adalah:
Tip #1
Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya.
Tip #2
Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut.
Tip #3
Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk  2 bulan terakhir.
Tip #4
Tingkatkan keyakinan diri dengan  berlatih bercakap di hadapan cermin!
Untuk persediaan yang lebih rapi dan soalan-soalan lazim yang biasa di tanya dalam sesi temuduga kerajaan boleh gunakan rujukan ini;

 [+] Contoh Soalan Temuduga Kerajaan (klik)

Saya doakan anda sukses dalam perjuangan kerjaya kerajaan anda!

One thought on “Soalan Lazim Dan Tip Temuduga Kerja Kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *