May 31, 2023

Soalan Lazim Bekerja Di Singapura

Soalan Lazim Bekerja Di Singapura | Sehinga hari ini, terdapat 4 orang ahli keluarga saya bekerja di Singapura. Hari demi hari mereka semakin kaya, aku yang kerja dengan kerajaan ini semakin tersepit di celah bangunan tinggi. Menunggu masa ditolak elaun, menunggu masa sewa rumah naik, menunggu masa income tax potong gaji. Terasa macam nak tukar kerja tetapi demi negara dan rakyat tercinta masih lagi dengan kerja asal.

Soalan Lazim Bekerja Di Singapura

Bercakap mengenai Panduan Bekerja Di Singapura, tidak ramai yang mahu berkongsi pengalaman mereka. Namun, terdapat beberapa soalan yang selalunya orang tanya apabila berniat nak kerja disana.

Berikut adalah soalan-soalan yang lazimnya ditanya bekerja di singapura:

Tak Pandai Bahasa English, Boleh Kerja Di Singapura Tak?
Boleh. Memang bahasa english adalah bahasa pengantar disana, namun keperluan bekerja adalah berlainan. Jika anda mahu bekerja sebagai waitress selalunya mereka akan terima saja. English learning akan dibuat secara pelan-pelan.

Saya Tak Ada SPM, Boleh Kerja Tak?
Boleh. Tak ada UPSR atau PMR pun tak apa. Kerja disana ada banyak jenis. Ada yang tak perlukan kelulusan pun.
Berapa Kos Buat Passport Antarabangsa?
Kos buat passport antarabangsa adalah RM100 untuk 2 tahun. RM200 untuk 5 tahun. Dah murah dah sekarang ni !
Macamana Buat Passport?
Mudah. Sediakan duit RM200. Pergi ke Jabatan Imigresen, atau Imigresen UTC berhampiran dan mohon passprt antarabangsa. Siap dalam masa 1 jam.
Kerja Singapura Perlu Buat Permit/Levy? Berapa Kosnya?
Ianya bergantung kepada tahap pendidikan/kelulusan/skill pekerja. Permit/Levy ini dibayar oleh majikan, selalunya dalam SGD 250 hingga SGD 750 sebulan. Tak payah risau yang ini, bukan anda yang bayar.
Adakah Gaji Akan Ditolak Untuk Bayar?
Tidak. Jika dalam iklan atau agreement tu kata nak bayar SGD 1500 sebulan, maksudnya korang akan dapat bulat-bulat SGD 1500.
Kos Untuk Tinggal Di Singapura Mahal Tak?
Dah duit mahal memanglah kos hidup pun mahal. Caranya korang kena stay Johor Bharu samada sewa rumah atau sewa bilik. Selesai masalah!

Berapa Gaji Bekerja Di Singapura?
Ini adalah soalan ‘Sepu Emas’. Ramai yang mahu bekerja di Singapura bertanyakan soalan ini. Rata-rata kerja yang ditawarkan adalah berdasarkan pengalaman dan kelulusan. Ianya bermula daripada SGD1000. Jika ditukar kepada duit RM Malaysia, lebih kurang RM3100.

Pendidikan dan pengalaman bukan masalah besar jika mahu bekerja di Singapura. Setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Ada panduan bekerja di Singapura yang perlu anda baca dan fahami.

Jika anda berminat mahu bekerja di Singapura, saya galakkan anda membaca – Panduan Bekerja Di Singapura 
Soalan Lazim Bekerja Di Singapura
Semoga bermanfaat dan bekerja dengan gaji SGD !

Sumber rujukan: NajibHalim

One thought on “Soalan Lazim Bekerja Di Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *