May 30, 2023

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia. Haii semua. Bila agaknya kali terakhir korang membeli atas talian(online)? macam mana pengalaman pembelian tu, mudah? murah? ataupun mahal? mesti korang akan membandingkan harga barang tersebut daripada pelbagai platform laman web shopping online yang ada di Malaysia ni. Tapi satu ja nak bagitau, semua barang yang murah korang nak tu adalah daripada China, kecuali dinyatakan ianya produk Malaysia.
Tahukah anda, laman web Taobao merupakan laman web untuk membeli produk murah terus dari China, kita boleh membeli secara borong dan juga bukan borong. Cuma masalahnya, bukan semua orang Malaysia ni faham bahasa China. Memang susah jika tak faham bahasa ni..pernah dulu saya translate ke English tetapi masih ada perkataan yang tidak dapat ditranslate. 
Kini, tak perlu bersusah payah lagi kerana SGshop Malaysia sudah ada di Malaysia. Dengan penggunaan bahasa english, ianya sangat memudahkan pembelian anda. Mereka merupakan ‘orang tengah’ yang berpusat di Singapura dan telahpun membuka cawangan di Malaysia. SGshop Malaysia merupakan platform untuk membuat pembelian terus daripada Taobao. Mereka gelarkan diri mereka sebagai ‘Agent Taobao Malaysia’.
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Bungkusan Yang Diterima Daripada SGshop Malaysia Menggunakan ABX
Hah, ini adalah bungkusan barang yang saya beli pada 20 Mei 2017. Kesemua barang ini tiba di China Warehouse pada 23 Mei 2017, kemudian di kirimkan ke Malaysia 23 Mei 2017 dan sampai di depan rumah saya dengan keadaan ‘gemuk’ macam ni pada 29 Mei 2017 dengan menggunakan Air Shipping. 
Membeli dari China tidak lah lama sangat sampai Malaysia pun! hanya 6 hari sahaja. Sangat-sangat berpuas hati dengan pembungkusan dan kualiti produk yang mereka jual, murah dan cepat.
So, sebelum saya bagi korang tengok apa barang yang saya beli, saya akan kongsikan bagaimana cara mendaftar dan membuat pembelian di SGshop Malaysia.
Cara Daftar SGshop Malaysia
Langkah 1: Buka laman web SGshop Malaysia

Langkah 2: Klik Register dan isikan maklumat yang dikehendaki seperti Email, Username, Password dan Nombor HP.
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Cara Daftar SGshop Malaysia
Selepas maklumat diatas dah diisi, klik pada button Send Code. Tunggu sehingga Code diterima melalui SMS dan masukkan dalam ruangan Verification. Kemudian, Tick pada ‘ I have read and accept the terms of use and privacy policy’ dan klik button ‘Register’.

Langkah 3: Buka email anda, klik pada Verification Link yang diemailkan untuk pengesahan email. 
Selesai, anda sudah boleh membuat pembelian!

Cara Buat Pembelian SGshop Malaysia
Selepas anda mendaftar, paparan Dashbord anda akan kelihatan macam dibawah ini. Jika anda member baru, Identity anda masih Silver. Member baru juga akan diberikan 200 point percuma yang boleh ditukarkan kepada Coupons. Anda boleh Top Up duit anda dalam akaun SGshop sebelum membuat pembelian, jika duit tersebut mahu dikeluarkan, klik pada button Withdraw untuk dikeluarkan melalui akaun bank anda nanti.
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Dashboard Account Member SGshop Malaysia
Untuk melakukan pembelian, halakan tetikus anda ke ‘What’s In Store‘ dan pilih kategori produk yang anda nak beli. Ada 14 kategori yang ada di SGshop Malaysia, harganya memang murah gila-gila yang wowwww..saya sendiri terkejut. Rupanya penjual di Malaysia ni dapatkan produk jualan dari China.
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Kategori Produk Di SGshop Malaysia
 Pilih barang yang nak dibeli, pastikan harga yang dipaparkan betul, letak kuantiti yang nak dibeli dan Add To Cart.
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Cara Pembelian SGshop Malaysia
Domestic Shipping masih terpapar ‘0.00‘ kerana shipping cost hanya akan dikenakan selepas pemeriksaan produk dan telah ditimbang di China Warehouse. Dah confirm, klik pada button ‘Next‘.
Jika nak yang dah dicaj shipping cost, pastikan anda memilih produk yang terpapar harga dekat Domestic Shipping. Jika tiada paparan (macam dibawah), anda perlu membayar untuk shipping cost daripada China ke Malaysia.
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Pembayaran Di SGshop Malaysia
Selepas ‘Next’, ruangan pembayaran akan dipaparkan. Anda boleh menggunakan 4 kaedah untuk membuat pembayaran. 
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Kaedah Pembayaran SGshop Malaysia
1. Payment by Account Balance
Jika baki duit anda masih ada dalam akaun SGshop, bayar ja menggunakan account balance, atau anda boleh top up dulu sebelum membuat pembelian.
2. Kad Kredit (Visa/Master Card)
Kad kredit samada Visa/Mastercard boleh digunakan namun terdapat transaction fee sebanyak 2.8%. 
3. FPX
Menggunakan perkhidmatan FPX juga akan dikenakan trasaction fee sebanyak RM2.00
4. Online Banking
Online Banking transaction fee dikenakan sebanyak 2.8% sama dengan menggunakan Kad Kredit.
Selesai untuk pembelian, apa yang anda perlu buat sekarang adalah memasukkan ‘Delivery Address’ pada Shipping Method. Kemudian, tunggu lah sehingga produk tersebut tiba di China Warehouse (Taobao). 
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Status Pembelian – Status Order
Berdasarkan gambar diatas, ada 3 status yang terpapar. Semua ini adalah produk yang saya beli melalui SGshop Malaysia. Ada banyak lagi sebenarnya, tak muat dalam screen laptop hahaha..

Confirmed – Pembayaran selesai dan telah disahkan.

Warehouse Entry – Produk sudah tiba di Warehouse China (Taobao) dan menunggu untuk bayar Shipping Cost.

Arrived Malaysia – Produk sudah sampai di Malaysia untuk dihantar kepada saya. On the way untuk diposkan kepada penerima (receipant).

Faham tak? so, secara ‘mind map’nya proses pembelian macam ni…

SGshop Malaysia –> China Warehouse (Taobao) –> Pembeli

Mungkin ada yang tanya, kenapa perlu masuk warehouse di China dulu? kenapa tak pos terus ke Malaysia? 
Untuk pengetahuan anda, Taobao mempunyai ribuan syarikat pembekal, kemungkinan juga ada puluhan ribu. Demi menjaga kualiti perkhidmatan dan produk yang dihantar kepada pelanggan mereka perlu memeriksa produk tersebut di warehouse mereka, jika 5 produk yang kita beli daripada 5 supplier maka mereka aan kumpulkan dan dimasukkan dalam 1 parcel kemudian baru lah ditimbang dan dikirimkan kepada kita. Faham kan?
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Produk Murah Dari China
So, daripada bungkusan ‘gemuk’ diatas tu…inilah produk yang saya beli daripada SGshop Malaysia. Ini cuma sebahagian saja..ada banyak lagi yang tak sampai sebenarnya hehe..kali ini saya memang belanja sakan dengan SGshop Malaysia. Lebih murah dan mudah berurusan kerana setiap ‘status’ terkini akan diemail dan di SMS terus kepada kita.
Usah pening dengan laman web Taobao lagi. Kini, kita ada agent taobao yang lebih mudah berurusan. Jika nak berniaga pun, rasanya anda boleh membeli dari laman web ini..sekiranya anda berminat shopping online di SGshop Malaysia, sila layari…..
Website:
Facebook:
Instagram:

15 thoughts on “Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *