May 30, 2023

Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 | Bagi anda yang berminat bekerja di Sektor Awam, jawatan PTD M41 inilah jawatan yang paling HOT diantara jawatan lain. Bukan kata, jawatan ini penting dalam jawatan kerajaan tetapi kerana terdapat ramai calon yang dipanggil untuk menduduki Peperiksaan PTD M41 seluruh Malaysia. Setiap tahun, puluhan ribu calon menduduki Exam PTD ini termasuk calon diluar negara.
Lepasan Ijazah adalah dipelawa untuk mengisi permohonan jawatan PTD M41 ini sepanjang masa di laman web SPA Malaysia. Berikut adalah maklumat berkaitan Gaji, Syarat Kelayakan dan Senarai Tugas seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.
Deskripsi Tugas PTD M41

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji: 

Gaji Minimum RM2,422.00
Gaji Maksimum RM9,631.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM225.00   
Syarat Lantikan PTD M41

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
  1. warganegara Malaysia;  
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
  4. ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
  5. ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);dan  
  6. lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan  
  7. hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.  

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
Channel Telegram Peperiksaan Dan Temuduga PTD 2019

Anda bolehlah join chanel Telegram di bawah terlebih dahulu sebelum anda kemukakan permohonan anda. Kami akan hebahkan tips peperiksaan, contoh soalan PTD M41 lepas dan juga panduan khas peperiksaan PTD melalui channel Telegram di bawah.
[+] https://t.me/examptdm41

Atau..
Klik link ini untuk dapatkan Rujukan Peperiksaan Online PTD M41
Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *