Cara Semak Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Politeknik Malaysia
Sebelum anda membuat permohonan untuk memasuki Politeknik, anda haruslah mengetahui adakah anda layak masuk ke Politeknik ataupun tidak. Tujuan semakan ini adalah untuk mengetahui anda layak atau tidak. Jika layak, maka anda boleh lah memohon Kemasukan ke Politeknik dengan mengisi UPU.
Untuk menyemak kelayakan kemasukan ke Politeknik, anda boleh ikut step dibawah ni :
Langkah 1: Layari http://www.politeknik.edu.my/portalbpp2/index.asp
Langkah 2: Klik pada Pengajian Sepenuh Masa, pilih Diploma
Langkah 3: Pilih Semak Kelayakan SPM atau Kelayakan Selain SPM
Langkah 4: Masukkan Nombor Kad Pengenalan, kemudian masukkan Mata Pelajaran dan Gred mengikut Transkrip/Sijil SPM dan klik pada button Semak.
Langkah 5: Paparan maklumat program pengajian yang layak dan tidak layak akan terpapar.
Tahniah! Nama program pengajian yang bertanda hijau adalah LAYAK. Manakala, nama program pengajian yang bertanda pangkah merah adalah TIDAK LAYAK.
Jika anda layak memohon untuk jurusan pengajian yang anda minat. Kini, langkah seterusnya nanti adalah memohon UPU untuk kemasukan ke Politeknik.
Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2018/2019
- Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID untuk permohonan UPU online akan mula pada 5 Febuari 2018 sehingga 9 April 2018.
- Pembelian boleh dilakukan secara individu melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), atau menggunakan Mesin ATM.
- Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor MyKAD pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran berserta dengan Nombor Unik ID (Nombor Pin UPU).
- Harga bagi pembelian Nombor Unik ID UPU adalah RM15.60 Tanpa GST
- Permohonan UPU online dibuka pada 5 Febuari 2018, jam 12 tengah hari dan tutup pada 10 April 2018, jam 11:59 malam.
- Untuk membuat permohonan, layari https://upu.mohe.gov.my
Politeknik memang bagus untuk mereka yang ada skill ..
gud luck untuk yang memohon… semoga berjaya…
psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #33. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2018/01/senarai-url-blog-33.html
Betul tuan, bagus utk mereka yg nak ada skill sebenarnya..
Terima kasih Mia Liana 🙂