Untuk makluman anda, pada 08 April lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang berjumlah RM300 secara One-Off.
Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Sabah untuk membeli barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan(PKP) berlangsung. Sehubungan dengan itu, rakyat Sabah boleh membuat semakan dan membuat permohonan Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 Khas Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia.
Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 Khas Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia
Melalui Pejabat Perhubungan Negeri Sabah (PPNS), warga Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang tergolong dalam kategori B40 boleh membuat permohonan secara atas talian(online).
Cara memohon bantuan khas warga Sabah di Semenanjung Malaysia ini adalah dengan memohon melalui laman web dibawah:
Langkah 1: Layari https://wecare.sabah.gov.my/permohonan
Langkah 2: Lengkapkan maklumat permohonan seperti dibawah:
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Pendapatan
- Maklumat Akaun Bank
- Pengesahan Maklumat
Langkah 3: Selepas itu, klik butang “Simpan dan Teruskan Permohonan”
Langkah 4: Semakan Permohonan & Semakan Pembayaran boleh dilakukan dari masa ke semasa melalui laman web diatas.
Semakan Status Permohonan dan Pembayaran Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia
Tarikh pembayaran Bantuan B40 Warga Sabah di Semenanjung Malaysia akan dimaklumkan dan ditentukan oleh pihak kerajaan Sabah. Kita sama-sama nantikan bila tarikh pembayaran akan dilakukan nanti.
Bagaimana cara membuat semakan permohonan dan semakan pembayaran Bantuan B40 Warga Sabah di Semenanjung Malaysia ini?
Berikut adalah cara semak permohonan bantuan warga sabah ini:
- Layari laman web rasmi – https://wecare.sabah.gov.my/semakan
- Masukkan No Kad Pengenalan pada ruangan disediakan dan klik butang “Semakan Keputusan Permohonan”
Semoga dengan bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri Sabah ini meringankan bebanan perbelanjaan warga Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia.
[ Baca ] – Borang Permohonan Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia
Hebahkan kepada rakan-rakan, keluarga dan orang lain tentang Semakan Status Permohonan dan Pembayaran Bantuan B40 Warga Sabah Di Semenanjung Malaysia ini, biar ramai warga Sabah yang memanfaatkan Bantuan Khas COVID-19 We Care B40 untuk rakyat Sabah di Semenanjung Malaysia nanti.
Gudluck
Pembayaran telah dikreditkan tetapi belum masuk akaun