May 31, 2023

Semakan Status Bantuan Pekebun Kecil Penoreh Getah LIGS

Semakan Status Bantuan Pekebun Kecil Penoreh Getah LIGS. Sejak beberapa hari ini, kecoh di kampung-kampung mengatakan bahawa ada Bantuan Pekebun Kecil/Penoreh Getah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang bernilai RM300 untuk setiap penerima yang layak dan berdaftar dengan LIGS.

Semakan Status Bantuan Pekebun Kecil Penoreh Getah LIGS

Bantuan Pekebun Kecil Penoreh Getah LIGS ini merupakan bantuan tambahan ketika Perintah Larangan Pergerakkan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan virus COVID-19 di negara kita.

Cara Semak Bantuan Pekebun Kecil/Penoreh Getah Lembaga Industri Getah Sabah

Untuk membuat semakan nama penerima Bantuan Penoreh Getah LIGS ini, anda perlu melayari laman web Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), seperti berikut:

1. Layari laman web – http://www.ligs.gov.my/semakan
2. Status akan dipaparkan seperti dibawah samada tersenarai ataupun tidak tersenarai.

Jika nama anda tersenarai, tahniah! jika belum, sila berhubung dengan pegawai LIGS dikawasan anda untuk mendaftarkan nama anda sebagai Pekebun Kecil/Penoreh Getah supaya anda tersenarai penerima bantuan ini.

Bila Bantuan Masuk Akaun Penerima Bantuan Pekebun Kecil/Penoreh Getah

Saya difahamkan, bantuan ini akan dimasukkan ke akaun bank penerima yang tersenarai pada bulan April 2020.

Tarikh bila bantuan akan dimasukkan itu tidak dapat dipastikan, namun anda perlu berhubung pegawai yang bertanggungjawab di kawasan anda untuk meminta penjelasan lanjut berkaitan bantuan ini.

Semoga dengan perkongsian Semakan Status Bantuan Pekebun Kecil Penoreh Getah LIGS ini sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan ketika PKP ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *