May 31, 2023

Semakan PLKN 2017 Secara Online

Semakan PLKN 2017 Secara Online | Inisiatif kerajaan Malaysia untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran semua rakyatnya. Satu rogram yang dirangka khas demi untuk menigkatkan jati diri, memantapkan disiplin, dan berkeperibadian unggul bermula selepas sahaja pelajar menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Semakan PLKN 2017 Secara Online
Program Latihan Khidmat Negara PLKN Sesi 14/2017

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diwujudkan sejak beberapa tahun yang lalu dan telah melatih ribuan remaja di seluruh negara. Menerusi Program Transfomasi PLKN 2.0, program latihan kini berwajah baru dengan menambah pilihan kepada peserta samada meneruskan latihan kemahiran di Institusi Latihan Vokasional untuk menjalani latihan amali selepas 8 bulan latihan/kursus pembangunan diri di Pusat-Pusat Latihan Khidmat Negara.

Cara Pemilihan Pelatih PLKN

Difahamkan, pemilihan calon untuk menjalani latihan PLKN adalah secara rawak dan wajib. Walaubagaimanapun, pihak sekolah akan memberi keutamaan kepada pelajar tingkatan 5 yang gagal melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS.
Pelajar juga akan diberi peluang untuk menjadi sukarela jika berminat menyertai PLKN. Calon yang terpilih menyertai PLKN sesi 2017 akan dimaklumkan melalui surat rasmi.

Cara Menyemak Penempatan Pelatih PLKN 2017

Calon yang terpilih menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tahun 2017 boleh membuat semakan kem penempatan melalui 2 cara mudah iaitu:
Cara 1: Semakan Melalui SMS
Taip: PLKN KEM [No KP anda] Dan Hantar ke 15888
 * Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15.
 * Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20

Cara 2 : Hubungi PLKN

No. Tel. Call Centre 03-40274747 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Tempoh Latihan PLKN Siri 14/2017 Mengikut Kumpulan

KUMPULAN 1
18 MAC 2017 HINGGA 16 MEI 2017
KUMPULAN 2
15 JULAI 2017 HINGGA 12 SEPTEMBER 2017
KUMPULAN 3
30 SEPTEMBER 2017 HINGGA 28 NOVEMBER 2017

Info dan pertanyaan lanjut?

Layari Portal Rasmi – Laman Web PLKN

2 thoughts on “Semakan PLKN 2017 Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *