Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV 2018 | Bagi yang belum mengetahui status nama samada berjaya atau tidak menerima dekoder percuma MYTV, semakan secara atas talian(online) boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah. MYTV Broadcasting ini adalah unit dekoder percuma yang akan diberikan kepada 2 juta rakyat Malaysia yang dipilih secara rawak. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya?
Siaran Digital Percuma Untuk Anda
Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas, tanpa gangguan dan tanpa sebarang bayaran bulanan.
Apakah itu DTT?
Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan penutupan siaran analog (analogue switch off ASO) secara berperingkat-peringkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO.
Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan salah satu inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.
Cara Pemasangan Dan Ejen Pemasangan
Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Bagaimanapun, sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan.
Baca cara pemasangan Dekoder Mytv – Klik Sini
Cara Semak Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV
Untuk semakan nama penerima dekoder MYTV ini, terdapat 3 cara iaitu:-
Cara Semak 1: Semakan SMS Penerima Unit Dekoder Percuma MYTV
Taip MYTV<jarak>DEKODER<jarak>NoKP & SMS ke 15888
Contoh: MYTV DEKODER 861203015555 –> 15888
Cara Semak 2: Hubungi talian khidmat pelanggan/carelines 1300 80 6988
Cara Semak 3: Semakan Online Di Laman Web MYTVBROADCASTING.MY. Ikuti langkah2 dibawah.
Langkah 1: Layari laman web rasmi http://mytvbroadcasting.my
Langkah 2: Masukkan No Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan (seperti dibawah)
Langkah 3: Lihat keputusan carian, samada berjaya ataupun tidak
Saya? Memang sudah dijangka tidak berjaya..sebab tahun ini tidak lulus permohonan BR1M. Dikatakan, MYTV ini disediakan untuk mereka yang telah mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016.
Emak saya? Berjaya..lepas ni bolehlah terminate Astro tu, lagipun channel yang disediakan juga agak banyak. Jimatlah jugak nak bayar bil Astro setiap bulan. Planning pasang sendiri lagi bagus, nak upah ejen pemasangan perlu membayar yuran pemasangan sebanyak RM50.
Saluran Yang Ditawarkan
Antara saluran yang ditawarkan MYTV adalah TV1, TV2, TV3 suku, NTV7, TV9, TV Aljazerah, TVi, Bernama News, dan TV8.
Anda dah semak nama anda tak? Kalau belum, sila semak disini – Semakan Nama Penerima Dekoder MYTV 2016
Perhatian: Anda kini boleh membeli dekoder MYTV sekarang TANPA SST pada harga RM 187 secara online menerusi Shopee. Klik di sini untuk pembelian secara online.
Tak lepas juga..hahah
Cik akak semak emak cik akak tadi..berjaya pula dah..hihi..rekorder bagus…tak perlu nak bayar bulanan macam astro
Hahhaa, tak dapat..tp h tu dpt BRIM, okayy baii, hahaha
Tq INFO
bolehlah ni kalau ada pemasangan yang gratis atau percuma ……….
Mcm mana nk check sya nk check xdpt bka
Betul, mak sy pun dapat jugak…bayar pemasangan je lah
Ada juga yg dapat BR1M tapi tak dapat dekoder ni..nanti fasa 3 dapat jugak kot hehe
Pemsangan boleh dibuat sendiri, tapi kalau guna ejen/kontraktor kena bayar lah
http://mytvbroadcasting.my/ cuba link ini…cuba tadi dapat 😀
sudah semak dan emak saya layak
jadi apa tindakan saya seterusnya?
dah check mak saya layak jadi apa tindakan selepas itu perlu saya buat
dekoder ni untuk apa ya?
Oh macam tu rupanya.. Ingatkan susah sangat nak semak.. 🙂
nak wat semakan online keluar error plak
Tunggu edaran. Akan diposkan kepada anda.
Siaran percuma DTT ehehe
Yup. Senang je.
Ohhh..yang tu cuba tengok data awak. Ok tak? cuba lagi..
Saya penerima br1m setiap tahun hingga 2017..
Tapi..
'Maaf anda tidak layak menerima dekoder TV digital percuma'
Selamat hari raya 2017
Bukan rezeki kita la tu tuan..
sebab pemilihan ini untuk yang penerima BR1M paling bawah je..hehe..
Nak tahu kawasan kawasan yang boleh pasang MYTV macam mana
Semak kawasan liputan MYTV dan wakil pemasang – http://mytvbroadcasting.my/liputansiaran.html
Sy dh check..berjaya..klu mcm tu pihak mytv akan call kt ka..😊😊😊
Ya betul…pengeposan akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Kalau nk cepat beli ja MYTV dekoder di mana-mana wakil jualan terdekat dengan anda.
Saya chek..mk saya dpt…tp..mcm mana nk tahu pos laju mula hantar decoder tu pada kita?
Saya dah chek..mk saya dapat..tapi…mcm mana nk tau pos laju mula hantar mytv tu pada kita?
Kmi sekeluarga masih mnungu sehingga ke hari ini….. Mytv free… Dari tahun lepas lagi masih mnungu ni.. Bila kah agakny ia akan sampai…. Sabah malaysia.. Terima kasih
2016 dah brjaya. Skrg dah masuk 2018 .tak sampai2 dekoder
Semak liputan siaran. Jika belum ada, kena tunggu tu.
Sudah cek lulus. Tungu set dekoder smpi skg tak sampai2. Bole tlg mcm mna cara tuntut dekoder tu