Semakan Status Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018. Ramai yang menantikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia daripada Kerajaan tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, pemberian BR1M dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu pada bulan Febuari, bulan Jun dan bulan Ogos 2018.
Bagi anda yang sudah mengemaskini permohonan dan maklumat peribadi tempoh lalu, status BR1M sepatutnya ‘Dalam Proses’. Pihak LHDN dalam proses verifikasi maklumat dan semakan kelayakan bagi pemohon yang layak.
Jadual Pembayaran BR1M 2018
Bagi yang rasa-rasa diri tu layak, sekali dimaklumkan bahawa Jadual Bayaran BR1M adalah seperti dibawah. Manakala, tarikh sebenar bila duit BR1M dikreditkan ke akaun bank atau penunaian baucer BR1M akan dimaklumkan kemudian.
Adakah anda layak?
Kategori 1 (Individu berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah) (RM450)
Febuari 2018 – RM450
Kategori 2 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000 (RM900)
Febuari 2018 – RM300
Jun 2018 – RM300
Ogos 2018 – RM300
Kategori 3 (Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah (RM1,200)
Febuari 2018 – RM400
Jun 2018 – RM400
Ogos 2018 – RM400
Semakan Status BR1M 2018 Secara Aplikasi Mobile BR1M
Mungkin ramai yang tidak tahu, sekarang ni semakin mudah untuk anda membuat semakan permohonan. Hanya dengan memuat-turun aplikasi mobile Semakan BR1M anda sudah boleh semak status terkini permohonan BR1M tu.
Untuk semakan, anda boleh gunakan 2 cara iaitu melalui:-
1- Laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
2- Aplikasi Mobile BR1M
Bagaimana dapatkan Aplikasi Semakan BR1M?
Selepas selesai di install ke smartphone anda, klik icon Semakan BR1M. Klik pada Semakan Status, Masukkan Nombor IC, kemudian jawab 2 soalan keselamatan yang diberikan. Status permohonan BR1M anda akan terpapar!
Aplikasi Mobile BR1M – Klik Sini
Walaubagaimanapun, pemakluman keputusan permohonan BR1M 2018 juga akan diberitahu melalui surat makluman mengikut alamat dalam Borang Permohonan BR1M. Selain itu, pemberitahuan juga akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan. Namun, kebiasaannya surat makluman ini hanya sampai kepada kita selepas BR1M telah selesai dikreditkan atau diserahkan.
So, adakah anda layak dan berjaya dapat BR1M? Kalau layak, tahniah! kalau tidak nak buat macam mana kan, pasti ada rezeki lain yang kita dapat juga nanti.
Semoga perkongsian Semak Status Permohonan BR1M 2018 Secara Aplikasi Mobile BR1M ini memudahkan anda membuat semakan status BR1M 2018.
GOOD INFO. THANK YOU SHARE
lupa nak update
tak tahu lah dapat ker tak tahun nih
hahaha
bagi yang lebih layak bolehlah memohon , sekarang dia punya tapisan lebih details sikit..