Cara Semak status BSH 2019 dengan aplikasi android atau iPhone | Selain web portal BSH , aplikasi BSH di android dan iphone kini telah menjadi salah satu daripada platform yang digunakan oleh para penerima BSH 2019 untuk membuat semakan status BSH mereka.
Memandangkan aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan iTunes, para pengguna boleh membuat semakan status BSH mereka dengan lebih mudah dan pantas.
Antara kegunaan yang terdapat pada aplikasi ini ialah pengguna boleh membuat semakan status permohonan atau rayuan, status penghantaran borang dan juga tarikh pembayaran duit BSH ke dalam akaun bank.
Selain daripada menggunakan aplikasi BSH, para penerima boleh juga membuat semakan status BSH 2019 melalui portal rasmi eBSH, pusat khidmat pelanggan dan juga talian BSH. Namun begitu, penerima disarankan supaya menggunakan perkhidmatan aplikasi BSH memandangkan perkhidmatan ini lebih mudah untuk diakses di mana-mana sahaja.
Berikut merupakan pautan untuk memuat turun aplikasi BSH:
- Muat Turun Melalui Android: Google Play Store
- Muat Turun Melalui iPhone: iTunes
BSH atau terlebih dahulu dikenali sebagai BR1M telah diperkenalkan pihak kerajaan sejak tahun 2012 sebagai salah satu usaha untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.