May 31, 2023

Selamat Tinggal Sarawak Bumi Kenyalang !

Terlalu banyak kenangan manis yang saya lalui di negeri Sarawak ini. Disini lah saya bermula melapor diri pada tahun 2009, pada ketika itu boleh dikatakan saya masih mentah dan ‘zero’ . Syukur, berkat tunjuk ajar rakan sejawatan yang lebih berpengalaman, akhirnya berjaya melaksanakan tugasan harian dengan lebih baik.
8 tahun lebih saya di Kuching, Sarawak akhirnya rayuan pindah diluluskan. Bulan Jun ini adalah bulan terakhir saya berada di negeri Sarawak. Apa yang pastinya..saya akan merindui Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak, makanan ini ada di Sabah tapi seleranya mungkin akan berbeza..

Buat rakan-rakan blogger yang berada di Sarawak, saya doakan anda sentiasa maju jaya dan sukses dalam dunia blogging. Lebih-lebih lagi Blogger Hanafi dan Blogger Ishak yang hensem, Blogger Cik Akak yang nun jauh di Sibu, Sarawak dan tak lupa juga kepada Blogger Mustafa yang kini dah ada kedai online sendiri Borneo Store dengan menjual produk tempatan Sabah & Sarawak. Nombor hp/whatsapp saya masih sama, korang boleh menghubungi saya pada bila-bila masa sahaja.
Ketika saya berada di Sabah, saya akan menyertai geng-geng Blogger Sabahan pulak. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan lagi rezeki apabila berkhidmat di negeri kelahiran sendiri nanti..
Sabah! I’m coming back soon…

8 thoughts on “Selamat Tinggal Sarawak Bumi Kenyalang !

  1. Welcome Back tuan….kita kasi jadi Family Day nanti. 🙂

    eh, under KSM pulakk.sama la kementerian kita ne..sa dulu under KSM juga tpi jawatan kontrak jak pun.hahaha~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *