May 30, 2023

Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam Sejak 1993-2016. Bonus 2017?

Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam Sejak 1993-2016 | Jika dilihat berdasarkan sejarah pemberian bonus penjawat awam, pemberian bonus setiap tahun ini bermula ketika Tun Mahathir  Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Nilai RM400 pada tahun 1993 amat jauh berbeza dengan nilai wang pada masa sekarang ini. Namun, sejarah membuktikan bahawa tidak ada perubahan besar pada pemberian bonus kepada penjawat awam di Malaysia.

Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam Sejak 1993-2016

Kali ini, kita sama-sama melihat sejarah pemberian bonus kakitangan kerajaan sejak Pembentangan Bajet 1993 sehingga 2016.

Tahun      Jumlah Pembayaran Bonus

1993  Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
1994  Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1995  Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1996  Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1997  Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1998  Bantuan Khas Kewangan RM400
1999  Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
2000  Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
2001  Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
2002  Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
2003  Bonus satu bulan gaji kakitangan awam

Pada tahun 2003 ini, penyerahan kuasa sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir  Bin Mohamad kepada Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang sedang menunggu gilirannya pula.

Bermulalah kekuasaan dibawah Perdana Menteri kita yang ke-5, Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Pada tahun 2006, penjawat awam pertama kali dalam sejarah mendapat 2 bulan gaji bonus pada tahun berkenaan.

Tahun     Jumlah Pembayaran Bonus 

2004  Bonus 1 setengah bulan gaji (Gaji RM1000) dan minimum RM1500 (Gaji >RM1000)
2005  Bonus 1 setengah bulan gaji (Gaji RM1000) dan minimum RM1500 (Gaji >RM1000)
2006  Bonus 2 bulan gaji (Gaji <RM750 dan minimum RM1500 (Gaji >RM750)
2007  Tiada Bonus penjawat awam (Kenaikan Gaji dan Cola) 
2008  Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1000)

Pada tahun 2008, peralihan kuasa diantara Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak berlaku.

Dan, sehingga sekarang ini masih dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

Tahun   Jumlah Pembayaran Bonus Atau Bantuan Khas 

2009  Bantuan Khas Kewangan RM500
2010  Bantuan Khas Kewangan RM1000
2011  Bonus 1 bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1000)
2012  Bonus 1 setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan – minima RM1500)
2013  Bantuan Khas Kewangan RM500
2014  Bayaran khas RM500
2015  Bayaran khas RM500
2016  Bayaran khas RM500
2017  Bayaran Khas RM500 dan RM250 (pesara kerajaan)

Pembentangan Bajet 2017dijangka akan bersiaran langsung pada pukul 4 petang hari ini, 21 Oktober 2016. Teks Ucapan  Bajet 2017 akan dikemaskini dan boleh dimuat turun melalui laman web rasmi berikut :
1. Kementerian Kewangan Malaysia –  http://www.treasury.gov.my/ 
2. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia – http://www.customs.gov.my/
3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia – http://www.hasil.gov.my/
4. Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my/
5. Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my/
Sejurus selepas Ucapan Bajet 2017 selepas dibentangkan di Dewan Parlimen Malaysia nanti.
Kita semua mengharapkan agar bajet kali ini banyak membantu dan  mensejahterakan rakyat Malaysia sesuai dengan tema pembentangan bajet 2017 kali ini.

4 thoughts on “Sejarah Pemberian Bonus Penjawat Awam Sejak 1993-2016. Bonus 2017?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *