March 22, 2023

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Jadi blogger ni memang menarik. Tengok muka saja pun macam dah kenal bertahun-tahun, padahal cuma kenal di alam maya saja. Itulah keunikan jadi blogger! Setakat kenal muka memanglah tak cukup, ada segmen suai kenal macam ni barulah mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers Malaysia. Sejujurnya, lelaki ni bukan semua jenis yang suka bercerita A to Z mengenai kehidupan dan cara hidup dia. Sebab lelaki dan ego memang tak dapat dipisahkan! Tanpa ego dia bukan lelaki sejati. 
Baiklah, marilah kita berkenalan ya.. 
Nama saya Elih Japahar. Selesa dipanggil dengan nama “Elih”. Umur saya 32 tahun pada 24 Mei lepas. Saya merupakan anak jati Sabah dan anak yang keenam daripada lapan adik-beradik. Namun, setelah pemergian abang dan adik yang kelima dan ketujuh kami hanya tinggal enam adik-beradik. Maksudnya, saya ditengah-tengah abang dan adik yang telah lama pergi meninggalkan kami.
Saya adalah seorang penjawat awam, blogger separuh masa dan mempunyai seorang isteri dan baru ada seorang anak lelaki yang berumur 2 tahun 10 bulan. Saya bermula blogging sejak tahun 2011 tetapi berhenti pada tahun 2013 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Disebabkan ramai rakan-rakan yang tanya dan semakin berjaya dalam dunia blogging, semangat blogging muncul semula pada Jun 2016. Kini, saya dah setahun lebih menjaga blog elihjapahar.com ni dengan menyertai pelbagai program affiliate dan SEO Contest.
Hobi saya hanya dua! Satu memancing! Sebelum ini saya ada buat blog memancing tetapi dah permenantly delete sebab tak mampu nak jaga banyak blog. Kedua, bowling! Saya banyak menyertai pertandingan bowling terbuka dan tertutup yang dianjurkan di Kuching, Sarawak sebelum saya bertugas di Kota Kinabalu, Sabah. Memandangkan selalu balik ke Kudat pada hujung minggu, aktiviti bowling agak terganggu sedikit. Biasalah, komitmen keluarga lebih berat berbanding hobi. Itulah realitinya bila dah berkeluarga ni.
Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia
Menarik! Saya memang setuju sangat dengan segmen macam ni. Dulu memang selalu join juga ketika Ben Ashaari masih aktif buat segmen. Tetapi sekarang ni macam dah taka ada. Segmen yang Sofinah Lamudin ni buat memang best ditambah lagi dengan hadiah yang awesome!
Saya tau ramai blogger wanita yang join segmen ni, tetapi demi sokongan keatas sahabat blogger Sofie saya tebalkan muka nak join jugak. Haha!
Untuk menyertai Segmen ini,

10 thoughts on “Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

  1. Hi Elih, join giveaway x kenal pada jantina..hehe dalam banyak2 segmen, ni la yang paling bersesuaian sangat sebab dapat kenal ramai blogger2 Malaysia ni..

  2. saya kenal blogger Elih melalui blog pancing.

    pernah berjumpa secara live namun saya tidak mampu mengulangi buat kali kedua..

    semoga bro kekal hensem dan bahagia bersama keluarga..

    "Happy blogging"

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *