![]() |
Kelulusan Ijazah dan Diploma – 19 Feb 2017 |
Jawatan kosong dengan kelulusan Ijazah dan Diploma ini adalah kekosongan di Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) dan Kementerian Kerja Raya. Dibawah Kementerian Kerja Raya adalah Jabatan Kerja Raya (JKR). Kekosongan jawatan yang agak banyak bagi Penolong Jurutera Gred JA29 iaitu 323.
![]() |
Kelulusan SPM/SVM/SKM – 27 Feb 2017 |
Manakala, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara juga memerlukan seramai 47 anggota baru bagi membantu memelihara hidupan liar dan taman negara di Malaysia.
![]() |
Kelulusan SPM/SVM/SKM – 19 Feb 2017 |
Bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19. Calon yang berjaya dalam temuduga nanti akan berkhidmat dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Pembantu Kemahiran dan Pelukis Pelan pula akan diserapkan di Kementerian Kerja Raya.
Untuk Maklumat Jawatan (Gaji/Syarat Lantikan/Deskripsi Tugas) – Klik Sini
Cara Memohon
Cara memohon jawatan ini mudah saja. Anda perlu mendaftarkan diri melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan pilih jawatan yang dipohon mengikut kekosongan jawatan yang dipaparkan diatas ini.
Permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Tiada surat menyurat atau penghantaran resume diperlukan. Namun, anda harus memastikan permohonan anda masih sah (1 tahun) pada tarikh tutup permohonan jawatan ini.
Mohon Jawatan Kosong sini – http://www.spa.gov.my/
Persediaan Menduduki Temuduga
Hapuskan tanggapan negatif terhadap temuduga Kerajaan! tiada lagi istilah ‘cable’ yang hanya melemahkan semangat dan keyakinan anda ketika temuduga nanti. Rezeki, jodoh dan maut itu kan urusan Allah, senantiasalah berfikiran positif dan membina agar sinar anda ketika temuduga nanti menampakkan cahaya yang benderang.
Kenapa harus bersedia?
Tahukah anda, beratus-ratus ribu permohonan dalam satu-satu jawatan kosong yang diiklankan oleh SPA. Lihat contoh dibawah ni..
![]() |
Maklumat Temuduga Jawatan Latihan Jururawat |
Nampak tak?
Bil permohonan bagi Latihan Jururawat adalah 120827, dipanggil temuduga hanya 308 orang. Bilangan kekosngan jawatan hanya ada 75. Calon simpanan 5 orang.
Peluang untuk menjadi salah 1 daripada 75 orang tu cuma 24%!
![]() |
Maklumat Temuduga Jawatan Pembantu Pendaftaran |
Yang ini pulak?
Bil permohonan bagi Pembantu Pendaftaran adalah 205491, dipanggil temuduga hanya 1898 orang, bilangan kekosongan jawatan hanya ada 25. Calon simpanan 150 orang.
Peluang untuk menjadi salah 1 daripada 25 orang tu cuma 1.31%!
Bagaimana untuk mengubah nasib anda dengan peratusan untuk berjaya sekurang-kurangnya 50%? Serius! memang anda perlukan ilmu pengetahuan tentang beberapa perkara penting seperti dibawah:
- Panduan temuduga
- Cara penulisan resume yang betul
- Etika berpakaian semasa temuduga
- Mengetahui contoh soalan temuduga yang biasa ditanya
- Adab semasa berada dalam bilik temuduga
- Cara menyusun dokumen dalam fail
byk btul jwtan kosong dari spa ni..klu tak sangkut xtau la..huhu