Jawatan 19, 29 dan 41 yang ditawarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kebanyakkannya melalui Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).
Berbeza dengan jawatan PTD M41 yang memerlukan ujian psikometrik dan PAC, jawatan lain memerlukan calon menjalani peperiksaan online sebelum dipanggil temuduga.
Manakala, jawatan PDRM, ATM, KASTAM, IMIGRESEN, JPJ, KPDN, BOMBA dan JPAM perlu menghadiri pemeriksaan fizikal dan kecerdasan terlebih dahulu.
Rujukan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Awam (PSEE)
Untuk pengetahuan anda, peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) ini merupakan penilaian terhadap cara berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Peperiksaan ini juga akan menguji tahap pengetahuan am seseorang calon.
Secara ringkasnya, peperiksaan memasuki skim perkhidmatan awam ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
SEKSYEN C – KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.
Contoh Soalan
Sesebuah negara itu dianggap mengalami kemelesetan ekonomi jika pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah negatif berturut-turut selama..
A. dua suku tahun
B. tiga suku tahun
C. dua tahun
D. tiga tahun
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
- Kemahiran Logik
- Kemahiran Menginterpretasi Data
- Konsep Matematik dan Akaun
- Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.
Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Contoh Soalan
Sebuah mesin dapat mencetak 20 keping kad ucapan dalam masa 15 saat. Berapa kepingkah kad ucapan yang dapat dicetak oleh mesin itu dari 10.15 pagi hingga 11.10 pagi pada hari yang sama
A. 3,400
B. 3,600
C. 4,000
D. 4,400
SEKSYEN C – KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS
Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan PSEE
Bukan semua peperiksaan PSEE di SPA mempunyai 3 seksyen diatas. Ada yang hanya seksyen A dan B sahaja, ada jawatan yang perlu peperiksaan seksyen A sahaja dan begitulah seterusnya.
Untuk makluman anda, terdapat koleksi dan rujukan contoh soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelum ini yang anda boleh buat ulangkaji.
Kalau bukan ULANGKAJI pun, contoh soalan peperiksaan ini dapat membantu anda mendapat gambaran bentuk soalan dan ropik apa yang perlu dipelajari.
![]() |
Paparan latih tubi yang akan anda perolehi apabila mendapatkan Ebook Extra Seksyen A, B dan C ini.. |
Dapatkan Ebook Rujukan dan Contoh Soalan-Soalan Peperiksaan PSEE ini sekarang..
Semoga membantu calon peperiksaan PSEE kerja kerajaan.