Keselesaan mandi setelah penat bekerja seharian mungkin perkara penting perlu dipertimbangkan untuk meredakan tekanan emosi dan kepenatan kita. Bayangkanlah jika air yang keluar daripada pancuran air bilik mandi mempunyai wangian yang harum, suasana itu pasti mengubah mood anda untuk terus tersenyum menikmati masa mandi yang selesa.
Saya percaya, tidak ramai yang menggunakan shower filter untuk mandian dirumah. Ini kerana belum ramai yang mengetahui kebaikan dan manfaat kulit hasil daripada menggunakan Filter ini. Jika tidak keberatan, baca artikel berkaitan yang saya kongsikan dibawah ini.
Baca juga – 7 Panduan Memilih Shower Filter Yang Betul Dan Kebaikannya
Seperti yang saya terangkan pada artikel diatas, H201 Shower Filter adalah cadangan terbaik untuk digunakan seisi keluarga.
Kenapa H201 Shower Filter?
Filter H201 ini bukan sahaja mempunyai pewangi, menyingkirkan klorin dan menapis kontamina yang ada didalam air biasa malah mempunyai vitamin C untuk meningkatkan kesihatan kulit badan anda.
Dengan harga USD68 atau bersamaan dengan RM277 (1 USD=RM4.08), anda sekeluarga boleh menggunakan Shower Filter selama 4 bulan hingga 6 bulan dan jangka hayat penggunaan Filter bergantung kepada kadar kekerapan penggunaan/mandian.
Untuk pengetahuan anda, H201 Shower Filter adalah buatan Korea dan dibawa masuk oleh syarikat Croire yang bertapak di Singapura. Kini, dalam usaha untuk mempromosikan produk yang sangat bermanfaat untuk kesihatan luaran kulit kita ini.
Cara Pemasangan Mudah H201 Shower Filter
Salah satu kriteria yang dinyatakan dalam artikel diatas adalah pemasangan filter yang mudah. Ini bagi memudahkan kita memasang, menukar dan membuka filter ini tanpa merosakkan atau menutup bekalan air rumah kita.
Dibawah ini adalah cara-cara pemasangan H201 Shower Filter dibilik mandi:
Mudah kan?
Kini, saya dah boleh menikmati mandian yang beraroma dan huhh..memang seronok !
Antara kelebihan H201 Shower Filter ini adalah:
1 – Chlorine Removal – Klorin digunakan untuk membunuh kuamn atau microorganism yang ada didalam air. Klorin yang ada akan mengakibatkan penyakit kulit jika mempunyai kulit yang sensitive. Penggunaan H201 ini akan membuang klorin terlebih dahulu dari air sebelum keluar pada shower head anda.
2 – Vitamin C – Filter H201 ini mengandungi Vitamin C yang boleh meneutralkan air. Vitamin C membantu mencerahkan kulit, membuang bitnik-bintik pada kulit dan potensi kelihatan awet muda.
3 – Snail Slime – Mukus daripada lender siput melindungi kulit daripada sinaran UV yang disebabkan keadaan persekitaran, berkesan untuk mengurangkan kulit kusam, bintik-bintik pada kulit, dan meningkatkan penjanaan kulit semula.
4 – Milk Powder – Milk Powder atau serbuk susu berfungsi untuk membuang kulit lama dan rosak tanpa ada kesan ruam pada kulit.
5 – Aroma Therapy – Bau haruman daripada H201 Filter adalah direka khas dariada minyak wangi yang terbaik melalui 10,000 ujian yang dijalankan. Wangian ini akan membantu anda meredahkan tekanan ketika mandi.
6 – Pewangi – Terdapat 4 jenis wangian yang ada dan ianya boleh membantu meredahkan tekanan atau stress ketika anda mandi. Wangian tersebut terdiri daripada:
 |
Black Cherry Musk |
 |
Sweet Peach Grapefruit |
 |
Ylang Ylang Iris |
 |
Aqua Blue Lemon |
Pengalaman Guna H201 Shower Filter
H201 Shower Filter yang saya pakai diatas adalah Sweet Peach Grapefruit. Satu shower filter ini boleh bertahan 4 hingga 6 bulan dan boleh digunakan oleh 4 orang ahli keluarga. Selepas menggunakan produk ini, saya memang berpuas hati dengan aroma yang menenangkan. Sangat sesuai digunakan seisi keluarga tak kira kanak-kanak atau dewasa.
Saya mempunyai kulit yang cepat kering, namun selepas menggunakan H201 Shower Filter hampir sebulan, kulit saya semakin lembap dan lebih selesa. Bukan itu saja, isteri saya kata kulit saya semakin nampak lebih baik dari sebelumnya.
Keluarga saya lebih keyakinan terhadap air mandian setiap hari tanpa klorin dengan aroma yang menenangkan.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai H201 Shower Filter ini, layari:
nanti bila ada duit nak belilah satu…