Prosedur Hantar Kereta Dari Semenanjung Malaysia Ke Kota Kinabalu. Penjawat awam yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan pastinya sinonim dengan perpindahan ke seluruh Negara. Ini kerana mereka kena patuh dengan arahan Kerajaan demi kepentingan Jabatan/Agensi masing-masing.
Perpindahan juga banyak berlaku bagi sesetengah syarikat swasta yang mempunyai cawangan di setiap negeri. Prosedur hantar barang dan kenderaan ke satu satu tempat mungkin mudah jika perbelanjaan ditanggung oleh pihak Kerajaan atau syarikat. Namun,ianya pasti berbeza jika anda yang menghantar sendiri barang-barang dan kereta anda ke Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia.
Prosedur Hantar Kereta Atau Motosikal Ke Sabah/Sarawak/Semenanjung Malaysia
Sejurus selepas mendapat surat arahan perpindahan daripada Jabatan/Syarikat tempat anda berkhidmat. Anda akan diarahkan untuk mendapatkan Sebut Harga/Quotation daripada syarikat forwarding. Pihak pengurusan selalunya akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya 3 quotation yang korang cari atau dapatkan sendiri. Daripada 3 quotation tu, harga terendah adalah pilihan terbaik mereka hehe.. walaubagaimanapun, sekiranya anda hantar sendiri barang atau kereta/motosikal anda bolehlah dapatkan quotation sesuai dengan bajet anda.
Selepas pilih sebut harga/quotation yang sesuai, urusan seterusnya adalah mendapatkan Surat Pelepasan Kereta daripada pihak bank sekiranya kereta masih mempunyai baki pinjaman dengan bank.
Untuk melihat contoh Surat Pelepasan Kereta Daripada Bank, lihat sini
So, secara ringkasnya, dikumen yang diperlukan untuk penghantaran kereta/motosikal ke Sabah/Sarawak/Semenanjung Malaysia adalah:-
- Surat Arahan Perpindahan/Memo Perpindahan
- Surat Pelepasan Membawa Kereta Dari Bank (Sekiranya masih ada loan..jika tiada loan lagi, abaikan surat ni)
- Salinan Geran Kad (depan, belakang)
- Salinan Kad Pengenalan (Ic anda, Ic Isteri dan Ic/surat beranak anak-anak)
Selepas, dokumen ini lengkap..anda bolehlah call syarikat forwarding tersebut untuk datang mengambil barang anda di rumah.
Dah selesai. Tunggu lah 2 hingga 4 minggu, barang anda akan sampai dengan selamat.
better juga ambil gambar keadaan kenderaan untuk sebarang kemungkinan.. kalau ada apa-apa hal.. ada backup gambar..