May 31, 2023

Program Job Fair Di UTC Seluruh Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016

Program Job Fair Di UTC Seluruh Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 | Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JobsMalaysia, dengan kerjasama Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan menganjurkan program JOB FAIR @ UTC yang akan berlangsung serentak di 9 lokasi UTC seluruh Malaysia.

Bagi anda yang sedang mencari pekerjaan, dinasihatkan membawa dokumen lengkap yang berkaitan beserta dengan resume untuk memohon secara terus di kaunter-kaunter temuduga terbuka majikan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam Program Job Fair ini.

Program Job Fair ini berlangsung pada ketetapan berikut:

Nama Program: Program Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016
Tarikh              : 5 November 2016 (Sabtu)
 Masa                : 10.00 pagi hingga 8.00 malam
Tempat :  
  1. UTC Alor Setar, Kedah
  2. UTC Ipoh, Perak
  3. UTC Pudu, Kuala Lumpur
  4. UTC Bandar Melaka, Melaka
  5. UTC Johor Bahru, Johor
  6. UTC Kuantan, Pahang
  7. UTC Kota Bharu, Kelantan
  8. UTC Kuching, Sarawak; dan
  9. UTC Kota Kinabalu, Sabah
M=Majikan
K=Kekosongan Jawatan

Majlis Perasmian Job Fair @ UTC Peringkat Kebangsaan 2016

Tarikh    : 5 November 2016 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat  : UTC Kuantan, Pahang
Perasmi : YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem
                 Menteri Sumber Manusia
Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Pusat JobsMalaysia di seluruh Malaysia dan UTC sebagai Hub Perkhidmatan Pekerjaan (Employment Hub) dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada seluruh masyarakat, selaras dengan konsep NBOS.
Untuk persediaan temuduga, anda boleh merujuk panduan Lulus Temuduga ini – Klik sini

Maklumat lanjut, sila rujuk https://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my/.

Semoga berjaya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *