May 31, 2023

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi Jun 2017

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi Jun 2017 | Tahniah ! kepada semua calon SPM tahun 2016 kerana telah berjaya mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan jayanya. Perjuangan anda tidak berakhir disini, walaupun dapat 10A tetapi anda tetap perlu menyambung pelajaran di IPTA/IPTS yang terpiih.

Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi Jun 2017

Pemilihan program untuk diambil bergantung kepada minat anda. Banyak program yang ditawarkan di Politeknik yang boleh dipilih, antaranya adalah:

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat
  5. Kejuruteraan Perkapalan
  6. Kejuruteraan Petrokimia
  7. Teknologi Maklumat & Komunikasi
  8. Rekabentuk & Komunikasi Visual
  9. Agroteknologi & Bio-Industri
  10. Teknologi Makanan
  11. Perdagangan
  12. Pelancongan & Hospitaliti
Terdapat beberapa program baharu juga ditawarkan – Rujuk sini

Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Politeknik bagi sesi Jun 2017:

Langkah 1: Semak syarat kelayakan menggunakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di www.politeknik.edu.my/esemak/index.asp

Langkah 2: Kenalpasti pilihan program untuk memohon.

Langkah 3: Beli No UNIK ID di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (Kategori LEPASAN SPM/SETARAF)

Langkah 4: Isi borang permohonan secara Atas Talian (Online) di www.politeknik.edu.my

Langkah 5: Pastikan mencetak Slip Permohonan Kemasukan.


Layari Laman Web Rasmi Politeknik  http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp untuk mendapatkan tarikh-tarikh penting berkaitan urusan permohonan.


Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi Jun 2017
Nota:
Permohonan wajib membeli No UNIK ID: Kategori Lepasan SPM/Setaraf berharga RM15.60 (tidak Termasuk GST) di semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara sama ada melalui Perkhidmatan Kaunter atau Perkhidmatan Mesin ATM.  Tempoh penjualan No. UNIK ID bermula dari 06 Febuari sehingga 30 Mac 2017

No UNIK ID ini hanya sah untuk digunapakai membuat permohonan kemasukan ke POLITEKNIK bagi sesi JUN dan Disember 2017 sahaja.

Sebarang pertanyaan, boleh merujuk kepada;


BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KPM (Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid) di talian 03-8884 9186/9195/9151/9149


Sila share untuk adik2 & saudara mara ye..

One thought on “Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi Jun 2017

  1. Salam BW..
    Dulu teringat apply semua IPTA dan politeknik… Alhamdulillah dapat politeknik jitra. Ambik architecture tapi sekarang berkerja dgn travel agency…hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *