May 31, 2023

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 2019

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 2019

Bagi calon yang telah memohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 8i, anda boleh menyemak senarai nama anda samada telah dipanggil untuk menduduki peperiksaan PTD M41 pada bulan Mei 2019 ini atau tidak. Pemberitahuan untuk peperiksaan PTD M41 ini juga telah diemailkan kepada email yang didaftarkan melalui permohonan jawatan di SPA.
Pada peperiksaan PTD kali ini, dianggarkan puluhan ribu peserta atau calon yang akan terlibat memandangkan calon peperiksaan PTD tahun lepas lebih daripada 50,000 calon termasuk calon luar negara.
Pengambilan PTD Tahun 2019

Daripada ribuan calon peperiksaan ini, hanya 300 orang calon sahaja akan diambil. Tapisan memang agak mencabar dan memerlukan persediaan dan pengorbanan tenaga yang lebih untuk lulus peperiksaan ini. Hanya calon yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang akan terpilih untuk ke tahap seterusnya iaitu PAC di INTAN seluruh negara nanti. Dengan adanya Exam PTD online ini, menjimatkan masa dan kos calon untuk mengambil peperiksaan dimana-mana sahaja mereka berada asalkan mempunyai jaringan internet.
Untuk tahun ini, jumlah kekosongan adalah sebanyak 400 orang manakala calon simpanan adalah sebanyak 30 orang.
Dah semak nama anda? Semak sini – http://e-semakan.spa.gov.my/ptd/
Jadual Peperiksaan Online PTD M41 Tahun 2019
Berikut adalah hebahan daripada pihak SPA berkenaan tarikh dan maklumat exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 tahun ini.
Tarikh Peperiksaan: 16 Mei 2019 (Khamis)
Masa: 10:00 pagi hingga 12:25 tengah hari
PERHATIAN UNTUK CALON EXAM PTD:
Calon yang hamil dan mempunyai masalah kesihatan kronik TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Ini adalah kerana calon-calon yang lulus peperiksaan online sahaja akan dipanggil menduduki Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dijangka bermula pada Julai 2019. Program UKJK ini mengandungi aktiviti lasak yang tidak bersesuaian dan boleh mendatangkan risiko yang besar kepada calon-calon tersebut.
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA  semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:25 tengahari.
[ LIMITED] Ingin Dapatkan Rujukan PTD M41 Malaysia 2019 Terkini?

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 2019

Daftar percuma Nama dan Email dibawah ke dalam system kami untuk mendapatkan Hebahan Juala Panduan Peperiksaan PTD Gred M41 yang terkini. Hebahan jualan hanya akan dilakukan terus ke email calon yang mendaftarkan email sahaja.
Powered byEMF Online Order Form
Anda akan dibawa ke laman tempahan selepas anda mendaftar diatas. Sila periksa email untuk hebahan jualan panduan ini nanti. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *