Penoreh Getah Ini Raih Pendapatan RM8,000 Sebulan | Dengar berita, harga getah semakin naik tahun ini. Ramai orang dikampung merasa gembira dengan kenaikkan harga ini walaupun tidak setinggi harga 3/4 tahun yang lepas.
Beberapa tahun yang lepas, saya sendiri pernah merasa duit ribu-ribu hasil torehan getah ini. Maklumlah, harga Getah Kepingan Gred 1 pada masa itu mencecah RM8/KG. Itu zaman sebelum kejatuhan harga getah secara mendadak, ketika dalam beberapa tahun ini jugalah kesengsaraan warga kampung yang bergantung sepenuhnya dengan sumber pendapatan hasil jualan getah.
Penoreh Getah Ini Raih Pendapatan RM8,000 Sebulan
Kenaikan harga getah ini menambahkan semangat penoreh getah mencari rezeki lebih. Tidak hairanlah, ada sesetengah orang yang mempunyai kebun getah puluhan ekar mampu meraih pendapatan bulanan yang sangat lumayan.
Lihat resit pembelian getah dibawah ini..
![]() |
Penoreh Getah Ini Raih Pendapatan RM8,000 Sebulan |
Nampak tak jumlah jualan tu? tak nampak, tengok bawah ni…
![]() |
Pendapatan RM8,000 Sebulan – Getahwan |
Tahukah anda?
Seorang penoreh getah menghabiskan masa menoreh getah pada waktu pagi sahaja? boleh dikatakan bekerja hanya dari jam4 pagi sehingga jam12 tengah hari. Bergantung kepada keluasan kebun getah yang dimiliki mereka.
Bekerja hanya setengah hari…
Kita yang kerja 8 jam sehari, 160 jam sebulan belum tentu dapat menandingi jumlah pendapatan seorang penoreh getah.
Jangan pandang rendah dengan penoreh getah, bau yang melekat di tangan dan baju itu bagi mereka adalah ‘Bau Duit’!
Kalau susah sangat nak dapat Kerja Kerajaan..
Buatlah Bisnes Jual Air Balang, Bisnes Burger, Bisnes Fotografi, Bisnes Bakeri, Bisnes Jualan Barangan Borong, Bisnes Aiskrim atau jadi seorang Penternak Kambing yang berjaya..
Semoga kisah ini boleh dijadikan inspirasi buat anak-anak muda diluar sana. Jangan terlalu memilih kerjaya sehingga pekerjaan itu diambil alih peranan oleh orang asing.
Terima kasih sudi membaca Penoreh Getah Ini Raih Pendapatan RM8,000 Sebulan
Alhamdulillah…berkat kesabaran dan kesungguhan…sedikit masa dulu bila harga getah jatuh..ramai yang mengambil keputusan untuk menggantikan pokok getah kepada pokok kelapa sawit..
Huwaahhh bestnya dpt pendapatan 8K sebulan.. pakcik kayooo..
huhu..mmg harga getah melambung naik skrg ni..
syukur rezeki utk penoreh getah..