March 22, 2023

Pengilang Kosmetik Termuda Sabah Raih 3 Pencalonan Anugerah Usahawan

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) serta Kementerian dan agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan akan menganjurkan acara Minggu Usahawan Sabah atau pun MUS 2019 sempena Anugerah Usahawan Negeri Sabah (AUS2019) pada 12 – 15 Disember 2019 bertempat di Pusat Perdagangan Sabah (STC), Kota Kinabalu.

Sempena Anugerah Usahawan Negeri Sabah (AUS 2019) ini, saya diberitahu berita mengembirakan dengan Pencalonan Anugerah Usahawan yang mana, usahawan wanita muda ini pernah saya kongsikan didalam blog ni. Rasa bangga bila dapat membantu salah seorang Usahawan Muda Sabah yang berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan.

Pengilang Kosmetik Termuda Sabah Raih 3 Pencalonan Anugerah Usahawan

Dalam AUS 2019 ini, beliau dicalonkan dalam 3 Pencalonan Anugerah Usahawan iaitu:
  1. Anugerah Usahawan Sabah
  2. Anugerah Usahawan Belia Cemerlang Sabah
  3. Anugerah Usahawan Wanita Cemerlang Sabah

Sebagai seorang Pengarah Urusan Norcy Beautylab Sdn Bhd, pengilang kosmetik termuda Sabah ini boleh dikatakan cukup berpengalaman dalam bidang pengilangan dan penyelidikan produk kosmetik. Beliau adalah Chemist Bertauliah yang berdaftar dengan Ahli Kimia Malaysia.

Biodata Pengarah Urusan Norcy BeautyLab Sdn Bhd

Mungkin anda mengenali usahawan muda ini, dibawah ini saya kongsikan kepada anda biodata ringkas Pengarah Urusan Norcy Beautylab yang tercalon dalam AUS 2019 ini.
Pengilang Kosmetik Termuda Sabah Raih 3 Pencalonan Anugerah Usahawan
Nama : Norsiah Binti Ahiddin
Asal : Kg. Radtak , Matunggong Sabah.
Jawatan : Pengarah Urusan Norcy BeautyLab Sdn Bhd
Pendidikan  : Ijazah Sains Makmal Perubatan (Kepujian)
Kerjaya : Pengilang Kosmetik & Pemilik Makmal R&D Kosmetik
Adakah usahawan wanita muda ini akan berjaya dalam Anugerah Usahawan Sabah 2019?
Bersama-sama kita nantikan keputusan pencalonan ini, yang mana Venue rasmi akan berlangsung di Sutera Harbour Resort pada 12 Disember – 15 Disember 2019.

Semoga berjaya dan semoga dimurahkan rezeki merangkul Anugerah Usahawan Sabah sempena Anugerah Usahawan Negeri Sabah (AUS 2019)  ini. Amin.

Pengilang Kosmetik Termuda Sabah Raih 3 Pencalonan Anugerah Usahawan

Kepada anda yang berkelapangan, bolehlah datang kerana orang ramai adalah di jemput untuk mengunjungi acara ini yang mana kemasukan adalah PERCUMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *