Penabungan Anak Seawal Usia Sehari Dengan SSPN-i Plus | Sudahkah anda menabung dalam SSPN-i Plus? Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap masa depan dan pendidikan anak, sewajarnya SSPN-i Plus menjadi pilihan perancangan penabungan anda.
Apatah lagi jika anda meneliti manfaat dan kelebihan yang ada melalui simpanan ini, pasti anda tidak mahu ketinggalan menyertai 14,705 pendeposit lain yang menyimpan untuk anak mereka.
SSPN-i Plus Berbeza Dengan SSPN-i
Untuk pengetahuan anda, SSPN-i Plus berbeza daripada SSPN-i kerana ia bukan sahaja menawarkan simpanan pendidikan, malah perlindungan takaful sehingga RM1 juta, SSPN-i Plus adalah kesinambungan kepada tabungan SSPN-i yang diperkenalkan oleh Pervabadan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 12 tahun yang lalu.
SSPN-i Plus adalah sebagai kemudahan kepada ibu bapa di negara ini menabung untuk pembiayaan pendidikan anak-anak selain mengharapkan pembiayaan pendidikan PTPTN nanti.
Dengan kata lain, SSPN-i Plus ini adalah satu tabungan untuk dividen masa depan dengan pelaburan yang sangat murah serta komprehensif umpama pepatah ‘sedikit sedikit lama lama jadi bukit’.
Tahukah Anda?
Terdapat 6 pakej simpanan yang ditawarkan, ianya bergantung kepada komitmen yang anda mahukan setiap bulan. Dengan hanya menyimpan serendah RM30 setiap bulan, anak anda akan diberikn perlindungan takaful sehingga RM40,000 sekiranya kita sebagai ibu bapa (pendeposit) meninggal dunia.
Saya sendiri sudah menyimpan untuk anak saya dengan mengambil pakej Topas (RM100). Antara perkara paling menarik minat saya adalah Pelepasan Cukai, Perlindungan Takaful (tanpa saringan kesihatan untuk 36 jenis penyakit), Dividen yang tinggi, Simpanan Dijamin, dan jika anda menyimpan untuk 3 orang anak, dan berlaku apa-apa yang tidak diiingini (meninggal dunia) kepada anda (Pendeposit) ketiga-tiga anak anda LAYAK menuntut RM40,000 sehingga RM1 juta (pakej berlian).
SSPN-i Plus bukan saja melindungi anda dan anak anda! malah berpeluang memenangi Cabutan Wow berjumlah RM1,500,000.
Tunggu sekejap, sudah baca artikel ini?
Kelebihan dan manfaat SSPN-i Plus memang bukan tanda tanya lagi sekarang, kerana ianya memang pilihan terbaik untuk masa depan anak kita. Mula menabung sekarang dan nikmati peluang menang Cabutan Wow! – Buka Akaun Disini
Selamat Menabung!
nice sharing
saya pun nak menabung untuk anak-anak..usaha keras tengah dilakukan..orang Arab kata man jadda wa jadda..in shaa Allah
Terima kasih tuan Lim..
Jom menabung tuan..kalau bukan mula sekarang, bila lagi kan..
memang untung juga menabung sspn i ni. part non taxable tu yg best
Betul, memang banyak kelebihan SSPN-i Plus ni..sambil2 menanbung tu berpeluang untuk cabutan wow lagi..