Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!
![]() |
Sumber:chillonpark.com |
1. Kos Permulaan Yang Kecil
Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.
Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda!
2. Tidak Perlu Terlalu Menjual
Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!
3. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan
Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
4. Urusan Rumahtangga Masih Terjaga
Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!
Macam Mana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?
Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran anda apabila mahu memulakan bisnes bakeri ini!
Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah….
- Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
- Berapa nak letak harga?
- Macam mana nak kira kos produk?
- Apa peralatan yang diperlukan?.
- Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
- Di mana nak belajar buat kuih?
- Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?
Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran anda kan?
Tapi jangan risau dan khuatir…. semua jawapan bagi persoalan diatas, akan dijawab dalam panduannya di dalam ebook dibawah…
[ Baca ] – Panduan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Selamat memulakan bisnes bakeri anda..
cptnya tuan promosi bisnes bakeri ni..terbaik..
Boleh recommend kat isteri nie.. tq share info
bab bakeri ni..sy memang fail
panduan macam ni sesuai untuk suri rumah. salah satu peluang cari pendapatan 🙂
Mai buat juga bisnes kecil-kecil macam ni, kek letak di kedai2 runcit, restoran, dan amik juga order untuk program rmt kantin sekolah 😀
Membantu peniaga yg berminat secepat mungkin tuan…
Sama2 tuan…maklumkan isteri ye..tq
Mungkin Cik Itah teror buat benda lain 🙂
Betul tuan…
Wah terbaik….
bagus untuk suri rumah untuk tambah pendapatan dalam ekonomi sekarang.
Murni memang teringin nak cuba..tunggu dah tak kerja kot baru senang sikit