Pandelela Rinong PAMG Terima Insentif Setengah Juta Ringgit Dan Kondominium | Ketibaan ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Ratu terjun negara ini telah berjaya merangkul pingat Perak dalam acara terjun berirama bersama pasangan penerjun negara iaitu Cheong Jun Hoong.
Antara sumbangan yang Kerajaan Negeri Sarawak serta dua syarikat swasta berikan kepada Pandelela adalah:
1. Insentif berjumlah RM500,000
2. Menamakan pusat akuatik di Petra Jaya di sini sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong
3. Sebuah kondominium bernilai RM700,000 (Sumbangan Syarikat Tenaga Stable)
4. Wang tunai RM100,000 (Sumbangan Syarikat Techinier)
2. Menamakan pusat akuatik di Petra Jaya di sini sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong
3. Sebuah kondominium bernilai RM700,000 (Sumbangan Syarikat Tenaga Stable)
4. Wang tunai RM100,000 (Sumbangan Syarikat Techinier)
Insentif telah diumumkan dan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri pada majlis meraikan Pandelela di Dewan Suarah Kuching.
Anda merupakan model kepada belia Sarawak dan kita berharap lebih ramai belia negeri ini akan mengikuti jejak langkah anda,” kata Uggah.
![]() |
Majlis Penyerahan Kunci Kondominium yang disampaikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas |
Tahniah diucapkan kepada Pandelela Rinong atas kejayaan mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak. Diharapkan dengan kejayaan ini boleh memberikan semangat kepada atlet-atlet lain dan bakal atlet untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk Olimpik 2020 nanti.
Pandelela, kamu berhak mendapat insentif ini dan kami sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan yang kamu kecapi. Latar belakang keluarga jelas terbukti bukan penghalang bagi kejayaan seseorang itu.
Tahniah Pandelela Rinong..
Sumber: TheBorneoPost
Suka tengok muka pandalela ni..sentiasa senyum…
rezeki atlet…tahniah!
rezeki kan.. hee~
Tahniah! hehe~