May 30, 2023

Netizen Berang Bilik Sewa Besar Macam Lubang Kubur

Netizen Berang Bilik Sewa Besar Macam Lubang Kubur. Seorang netizen kecewa dan berang apabila ditawarkan sebuah bilik sewa yang saiznya hampir sama besar dengan keluasan tanah kubur.
Lelaki tersebut yang menggunakan nama, Aneurin Nanggar berkongsi rantaian Tweet berhubung ketidakpuasannya terhadap bilik yang ditawarkan dengan memuat naik gambar bilik tersebut.
Kelihatan ia bilik yang memanjang dengan kelebaran yang sempit, mungkin muat untuk tilam “single” sahaja.
Netizen Berang Bilik Sewa Besar Macam Lubang Kubur
Netizen Berang Bilik Sewa Besar Macam Lubang Kubur
Ekoran Tweet itu, ramai yang tampil menunjukkan sokongan selain menawarkan bilik sewa yang lebih besar dan selesa kepada Aneurin.
Di samping saiz bilik, Aneurin turut berkongsi gambar penghawa dingin yang dibahagikan kepada 2 bilik dengan menebuk ruang pada dinding.
Dia juga mendedahkan lokasi rumah itu yang berada di sekitar Padang Jawa iaitu berdekatan dengan I-City di Shah Alam.
Ia turut mengundang kemarahan netizen yang menyatakan ruang tersebut kelihatan seperti bilik persalinan atau “fitting room”.
Ada juga yang menyindir ia lebih besar dari tandas rumah atau tandas sesetengah pasar raya.
Tidak ketinggalan ada beberapa pengguna yang akui saiz bilik seperti itu sangat popular di Hong Kong ekoran permintaan tinggi terhadap ruang tempat tinggal.
Netizen Berang Bilik Sewa Besar Macam Lubang Kubur
Apapun mencari bilik atau rumah sewa di bandar raya yang menawarkan banyak peluang kerja bukanlah mudah. Ada yang mencari untuk berbulan-bulan dan akhirnya terpaksa mengalah. Sama ada memilih untuk membayar sewa yang tinggi atau tinggal berjauhan dari tempat kerja demi bilik yang murah.
Semoga ada pihak berwajib yang nampak masalah ini agar dapat dibendung. Kesian anak-anak kita yang bekerja tinggal dalam ‘lubang kubur’macam ni.
Sumber: FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *