March 22, 2023

Lazada Big Baby Fair Diskaun Sehingga 80% Julai 2016

Lazada Big Baby Fair Diskaun Sehingga 80% Julai 2016 | Belum pun tiba Baby Fair yang akan dilancarkan oleh Lazada, isteri dah mula merisik-risik barang baby mana yang nak dibeli. Aku ni pun angguk saja lah, mentang-mentanglah minggu depan dah nak gaji…haha
Posing kejap..hehe
Aku faham sangat dengan isteri aku ni, nak beli banyak-banyak barang online pun bukan dia yang guna pun. Semua tu untuk kegunaan dan kelengkapan Ian, anak lelaki kesayangan kami. Aku kalau pasal barang keperluan anak ni tidak pernah berkira, satu benda saja aku berkira sangat..nak tau apa?makanan! sebab makanan lebih bagus beli dekat pasar/supermaket..beli di pasar jauh lebih murah daripada beli online(tanpa poslaju).

4 Barangan Penting Untuk Baby Ian

Sempena Big Baby Fair Lazada ini, isteri beriya-iya sangat nak beli 5 benda ni. Tengoklah benda apa tu!
1. Laugh & Learn Smart Stages Tablet
Laungh & Learn Smart Stages Tablet
Bila umur anak dah mencecah 15 bulan, maknanya kita dah boleh mula mengajar anak mengenal abjad, bunyi huruf, dan mengenal objek. Isteri aku kata, tablet ni sangat berguna untuk perkembangan awal anak. Tablet ini berharga RM67. Warranty sehingga 1 Tahun.
2. 4 In 1 Monkey Entertainer
4 In 1 Monkey Entertainer
Mak mentua kata, kalau nak anak cepat berjalan belilah sofa..sebab anak boleh pegang sofa tu untuk berdiri. Isteri aku kata, bagus beli 4 In 1 Monkey Entertainer ni, harga pun RM419 saja. Kalau beli sofa, paling kurang pun RM1500. Kalau tiba-tiba esok pindah rumah, malas nak sewa lori angkat barang-barang nanti. 
3. Enfagrow A+ Step 3 (1.7 Kg)
Enfagrow A+ Step 3 (1-3 Tahun)
Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak ini memang banyak di pasaraya. Isteri kata, harga ada murah sikit daripada harga pasaraya (RM118). Enfagrow ni memang ramai yang suka, aku angguk saja lah. Tak kan nak lawan bini kan? dia lah yang paling arif dengan susu tepung anak ni.
4. Pampers MamyPoko Pants Standard
MamyPoko Pants Standard
Semenjak menukar pampers baby Ian kepada MamyPoko Pants, tidur lena, kulit kering dan jarang sekali merengek rimas dengan pampers. Kalau nak tahu anak selesa atau tidak, tengok perubahan perangai dia, kadang-kadang bila dia tak selesa dia akan menggaru atau menarik narik pampers/seluar dia. Isteri kata, dia nak cuba beli dengan Lazada dulu. Harga ada murah sedikit.
Kira punya kira, kesemua barangan Ian ini berjumlah RM646 sebelum Big Baby Fair ini berlangsung. Jika diskaun yang ditawarkan Lazada sehingga 80% maka jumlah ini dijangka akan lebih  rendah lagi. 

Bila Big Baby Fair Bermula?

Big Baby Fair Lazada akan berlangsung pada 27 hingga 31 Julai 2016 (5 hari sahaja)

Voucher Code Diskaun 20% OFF

Jika anda nak membeli barangan bayi ketika jualan besar-besaran ini nanti, pastikan kod voucher dibawah ini dimasukkan ketika pembelian untuk mendapatkan potongan harga.
Voucher Code: 20LAP20
Ambil peluang ini untuk membeli barangan keperluan anak anda. Jadilah ibubapa yang bijak berbelanja dan memilih untuk si manja.

P/s: Big Baby Fair telah TAMAT. Untuk melihat tawaran istimewa daripada Lazada My, anda boleh melihat sendiri Jualan Online Revolution yang tengah berlangsung pada 11.11.2016 sehingga 12.12.2016.

One thought on “Lazada Big Baby Fair Diskaun Sehingga 80% Julai 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *