Langkah Pertama Buat Duit Dengan Blog | Saya percaya blogger yang pada mulanya menceburkan diri dengan dunia blogging hanyalah atas dasar minat menulis dan mengisi masa lapang. Namun, anda pasti terfikir untuk menjana pendapatan sampingan dengan blog. Alang-alang menulis, biar sampai jadi duit ! itulah tagline yang sesuai untuk blogger.
Buat Duit Dengan Pengiklanan Nuffnang Malaysia
Bagi saya, Nuffnang adalah pilihan terbaik untuk blogger newbie atau blogger yang mahu mula buat duit dengan blog. Untuk menjadi Publisher Nuffnang, tiada syarat-syarat susah untuk dipatuhi. Asalkan ada blog dan ada trafik keluar masuk permohonan anda 100% akan diluluskan.
Tahukah anda, terdapat 300,000 blogger di 8 buah negara seperti Singapore, Philipine, Thailand, Indonesia dan lain-lain lagi menjadikan Nuffnang sebagai platform jana pendapatan untuk blog mereka?? kebanyakkan blog yang saya lawati memasang banner iklan Nuffnang untuk menjana duit sampingan di blog mereka.
Kelebihan Nuffnang Malaysia
Dengan pengiklanan Nuffnang ada banyak kelebihan yang anda perolehi, antaranya adalah:
1. Iklan yang banyak. Nuffnang ada banyak advertiser. Bagi yang berstatus Glitterati, bayaran RM 0.25 untuk setiap klik iklan berbanding RM0.15 untuk status Ordinary(biasa).
2. Kempen Blogbuster. Kempen ini adalah kempen dalam bentuk video yang dihasilkan oleh blogger yang berstatus Glitterati sahaja. Bayaran RM0.50 untuk setiap view video dan RM0.50 untuk klik.
3. Blog Analytic. Blogger boleh melihat sumber trafik, statistic visitor dan page view dan keyword. Memudahkan blogger memantau trafik blog secara sistematik.
4. Blogger berpeluang menyertai contest dan event anjuran Nuffnang.
5. Bayaran minimum adalah RM50 dengan menggunakan kaedah pembayaran Cek.
6. Blogger juga berpeluang menjadi blogger pilihan bulanan yang dipaparkan di laman Nuffnang. Menambah kenalan dan meningkatkan trafik blog.
Banyak juga kelebihan Nuffnang ni kan? …ternyata Nuffnang masih pilihan yang terbaik untuk blogger..
Untuk pengetahuan anda, ada blogger Malaysia yang pernah mendapat earning Nuffnang sehingga RM30,000 hanya dengan Sponsor Posts dan Ads Nuffnang. Kalau baca entry redmummy ini, memang jeles tengok cek 5 angka tu.
Panduan Tingkatkan Earning Nuffnang
Apakah rahsia untuk menjana Earning Nuffnang? apa yang saya faham dan pernah alami adalah memastikan Unique Visit (UV) blog berada pada tahap maksimum, earning untuk CPUV(cost-per-unique-visit) bergantung kepada trafik blog anda. Manakala, CPC (cost-per-click) hanya menjana pendapatan jika pengunjung klik banner iklan tu.
![]() |
Contoh CPUV Blog Pancing Elih |
Bagi anda yang sudah memasang iklan Nuffnang, pastikan iklan dipasang di tempat yang telah ditetapkan oleh Nuffnang. Kegagalan anda meletakkan iklan mengikut arahan akan menyebabkan kesukaran akaun anda berstatus Glitterati, kalau anda rajin, hantarlah ticket untuk bertanya samada iklan yang anda pasang itu betul atau tidak.
Untuk menjana income lebih banyak, anda haruslah rajin blogwalking, selalu update blog, cuba kongsikan iklan yang dipaparkan di banner iklan Nuffnang tu sebagai langkah menarik minat pengunjung klik pada iklan tersebut. Ingat! kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..
Usaha lebih untuk hasil yang lebih baik…betul tak Irda Garmin?
Semoga bermanfaat..
kita nye income dengan nuffnang, sikit je huhuhuhu
wah meriah nya nuffnang hehe
http://mellyacrayola.blogspot.com/
Nuffnang ni senang je. Lepas dah pasang, tinggalkan je iklan tu. Income akan berjalan dengan sendirinya.
wah…wah…seronok yer nuffnang ni….