March 22, 2023

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee | Blogger amat bergantung dengan teknologi digital seperti Laptop, Destop, dan Grafik Tools atau Software untuk menghasilkan banner, video dan pelbagai keperluan lain untuk menghasilkan blog/website yang nampak profesional.
Selain blogger, peniaga online juga memerlukan kepakaran lain untuk strategi pemasaran mereka. Saya telah mendaftar di iLancee ini dan telah membeli services untuk kegunaan sendiri. Dengan pengalaman membeli servis di iLancee tersebut, saya mahu berkongsi dengan anda kelebihan, fungsi, dan cara-cara menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan iLancee kepada kita semua.

Latarbelakang iLancee

Untuk pengetahuan anda, iLancee dikendalikan oleh Serius Media Network (NS0139946-P). iLancee merupakan Pusat Jual Beli Servis Online yang di developed oleh anak jati Malaysia bagi membantu usahawan-usahawan micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa sebarang kos. Ini bermakna, pengguna hanya perlukan kemahiran sahaja untuk menjana pendapatan atau duit di iLancee ini.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Jual Beli Servis Di iLancee

Bagi yang baru mengenali iLancee macam saya, ada beberapa perkara penting yang mungkin anda perlu tahu mengenai latar belakang iLancee ini. Permulaan penubuhan iLancee adalah pada Mei 2014, bertapak di Malaysia selama 2 tahun (2104-2016) laman web ini telah ditutup sebanyak 2 kali diatas masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, iLancee sekali lagi bangkit dari kisah lama dan kembali dengan fungsi iLancee yang lebih profesional demi membantu usahawan dan individu berkemahiran diluar sana yang berminat kerja dari rumah dengan iLancee.

Kelebihan Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Fungsi iLancee seakan-akan sama dengan Fiverr, tetapi Fiverr versi Malaysia. Berbahasa Malaysia dan lebih mudah difahami. Pengguna yang mahu menjana pendapatan sampingan dari rumah amatlah digalakkan mendaftar dengan iLancee dan tawarkan servis anda disana.

Pendaftaran adalah percuma…yaa..saya ulang, PERCUMA!

Ini bermaksud, anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk mula kerja dari rumah dengan iLancee. Apa yang anda perlukan cuma kemahiran atau kepakaran, anda sudah boleh mula menjana duit disini.

Paling penting..

Anda tidak perlu bersusah payah promote service sendiri kerana iLancee mempunyai buyer yang akan mencari servis yang mereka perlukan di dalam iLancee. Jika anda promote dalam blog atau media sosial, maka itu adalah extra jobs bagi anda.

Lebih menarik jika anda ada akses internet, dimana-mana pun anda boleh buat kerja ini. Di kedai kopi, dalam library, ditepi pantai, tepi jalan, di asrama, dalam hutan dan tempat-tempat lain asalkan anda ada laptop/pc dan internet.

Fungsi iLancee Kepada Pengguna

Di iLancee, terdapat 2 fungsi yang anda perlu ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan Seller. Sebagai Buyer adalah boleh membeli apa sahaja servis yang anda perlukan di iLancee, manakala sebagai Seller anda tawarkan atau jual service anda di dalam iLancee. Buyer akan membeli servis di iLancee dan melakukan pembayaran kepada pihak iLancee, selepas kerja selesai di hantar kepada Buyer barulah pihak iLancee lepaskan bayaran kepada Seller.

Siapa Buyer atau Seller di iLancee? boleh jadi kedua-dua sekali adalah anda.

Perlu diingatkan, kerja dari rumah dengan iLancee merupakan sumber pendapatan sampingan sahaja. Sebab itu, servis yang ditawarkan base kepada hobi, minat dan kemahiran seseorang itu. Bukan semua orang akan berminat dengan servis anda, apa yang anda perlu buat adalah mengekalkan prestasi baik dengan buyer. Siapkan kerja mengikut tempoh masa yang anda telah tetapkan sendiri. Sendiri buat rules, kena siapkan ikut rules yang anda tetapkan.

Cara Menjual Servis (Seller)

Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawarkan
Langkah 2: Kongsikan servis anda dilaman sosial
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, iLancee akan lepaskan duit anda sebanyak 80%
Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda
Langkah 6: Enjoy duit anda

Cara Membeli Servis (Buyer)

Langkah 1: Cari servis yang anda perlukan
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Banking
Langkah 3: Lihat progress kerja Seller
Langkah 4: Terima tempahan siap anda
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan mana yang silap
Langkah 6: Selesai, berikan rating kerja seller samada baik ataupun tidak

Contoh Servis Yang Terdapat Di iLancee

Konsep kerja dari rumah dengan iLancee amat mudah difahami. Saya fikir iLancee ni bukan sahaja sesuai untuk usahawan micro malah sangat sesuai untuk pelajar IPTA/IPTS yang sedang mencari dana untuk perbelanjaan di Universiti/Kolej. Mahir dengan Photoshop, Video editing, programming, grafik, blogspot atau wordpress inilah lubuk anda buat duit.
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Kategori Servis Di iLancee

Nampak tak?

Ada berapa banyak kategori yang dipaparkan diatas? ada 8 kategori, setiap kategori dipecahkan pula kepada beberapa cabang servis yang mungkin anda perlukan. Dibawah ini saya bagi beberapa contoh servis yang mungkin anda mahir, perah otak anda dan buat keputusan boleh bagi services ini ke tidak.

  • Servis Buat Blog – Samada blogspot atau wordpress, ada saja orang berminat nak buat blog tetapi tak tahu cara-caranya. Buat service ini dengan bayaran RMXXX dan jual di iLancee.
  • Servis Translator – Mahir berbahasa english (BI)? inilah masanya anda buat duit dengan menterjemah dokumen orang lain dengan service translate kepada BM sahaja.
  • Servis Naikkan Like – Servis naikkan atau tambah like fan page atau website memang ramai yang nak untuk tujuan bisnes dan marketing. Ada individu yang pakar dalam kemahiran naikkan like ni.
  • Servis Buat Logo/Banner – Fan page untuk bisnes perlukan banner yang menarik. Begitu juga dengan logo, ada kemahiran design logo atau banner. Jual servis anda di iLancee.
  • Servis Jual Ebook – Jika anda ada Ebook, atau buat ebook. Jual  di iLancee dengan harga yang berpatutan.
  • Servis Buat Video Intro – Video marketing untuk bisnes harus ada video intro ini untuk kelihatan lebih menarik dan profesional. Anda pakar edit dan buat video? silakan daftar dengan iLancee.
  • Servis Name Card – Ada kepakaran/kemahiran untuk design name card? tawarkan servis design name card dan mungkin service printing.

Dan, ada banyak lagi idea yang mungkin salah satu hobi anda yang boleh dijadikan servis di iLancee.

Tetapi…

Biarlah servis tersebut relevan yaa, jangan tawarkan servis kalau tak dapat dilakukan..

Cara Daftar Dan Jual Servis

Untuk mendaftar, layari iLancee dan klik pada butang ‘Daftar’ di atas sebelah kanan anda. Kemudian, masukkan email anda.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Sebaik sahaja akaun email anda telah diverify oleh pihak iLancee, anda sudah boleh membeli servis dan menjual servis di iLancee.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Klik pada butang ‘Jual Servis’ dan pilih pelan bisnes anda. Mula jana wang, kerja dari rumah dengan iLancee.

Kata percuma, tapi kenapa potong 20%?

Pengalaman amat mendewasakan kita, dulu memang percuma tetapi banyak scammer atau penipu yang mengambil kesempatan diatas ke’percuma’an itu. Demi menjaga kredibiliti buyer dan seller, pihak iLancee telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan kedua-dua pihak. Pastikan anda membaca TOS iLancee sebelum menggunakan atau menjual service di sini.

Tak faham? sebagai contoh, jika anda tawarkan servis edit template blog dengan harga RM50. Maka, 20% akan ditolak daripada total tersebut, jadi bermakna, RM40 masuk ke akaun anda dan RM10 akan diambil sebagai pengurusan iLancee. Kerja tak siap? no payment okay..buyer juga boleh meminta refund jika mahu membatalkan pembelian.

Pengalaman Sendiri Menggunakan Servis iLancee

Bulan yang lepas, saya ada membeli servis di iLancee. Berdasarkan pengalaman saya dengan iLancee, terus terang saya katakan memang proses kerja yang sangat telus dan selamat. Apa yang telah saya buat? saya membeli salah satu servis dan membayar kepada akaun Serius Media Network menggunakan Online Banking.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Selepas pembayaran disahkan, tidak lama kemudian Seller menghubungi saya melalui ruangan chat yang disediakan dalam iLancee. Setiap komen atau chat akan masuk ke email saya, jadi tiada masalah jika tak log in iLancee sebab Seller akan remind progress kerja yang seller lakukan.

Servis yang telus, cepat dan selamat ini membuatkan saya akan terus menggunakan servis yang diperlukan yang ada didalam laman web iLancee tersebut.

Untuk mengetahui servis terkini melalui media sosial, boleh follow Fan Page iLancee

Contest iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

21 thoughts on “Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *