Tarikh: 28 November 2016
Masa: 5 Petang
Proses Pengambilan PTD M41
Secara umumnya, anda akan melalui 3 tapisan sebelum dilantik sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41. Tapisan itu adalah…
#Tapisan 1 – Peperiksaan Online PTD
Sebelum dipanggil menduduki peperiksaan online. SPA akan membuat tapisan terlebih dahulu, calon hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf samada daripada Universiti tempatan ataupun luar negara.
Soalan-soalan yang dikemukakan bermula tahun 2016 ini adalah tebahagi kepada 2 seksyen iaitu:
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Lihat contoh soalan PTD M41 – Contoh soalan PTD M41 dan panduan peperiksaan online
#Tapisan 2 – PTD Assessment Centre (PAC)
Hanya calon yang berjaya peperiksaan PTD sahaja akan dipanggil untuk meduduki tapisan PTD Assessment Centre (PAC) seterusnya. PAC merupakan satu mekanisme yang dibuat oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menilai kesesuaian dan keperibadian calon-calon PTD sebelum dipanggil ke temuduga.
Program penilaian PAC ini akan dijalankan selama 3 hari di semua kampus INTAN seluruh negara. Calon akan diuji daripada pelbagai aspek, iaitu:
#Tapisan 3 – Temuduga PTD M41
Calon PTD yang mendapat keputusan tertinggi dan terbaik sahaja akan dipanggil menjalani temuduga. Ini adalah tapisan terkahir untuk anda menjadi seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 di Sektor Kerajaan.
Sebagai persediaan temuduga, saya galakkan anda untuk memiliki Ebook Rahsia Temuduga Kerajaan ini untuk mempersiapkan diri anda menjelang detik-detik temuduga itu nanti – Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
Semak keputusan peperiksaan PTD 2016 sekarang – Semakan SPA
Bagi calon yang berjaya, saya ucapkan Tahniah!
Fuh ptd41..
smoga calon2 membuat sebaik mungkin..
kalau nak sesuatu mestilah berusaha kan? tahniah kepada yang berjaya 😉
yang berjaya..tahniah diucapkan dan kepada mereka yang belum lagi berjaya boleh cuba lagi
Nak tanya. Tapisan 2 PAC tu, berapa calon yang layak selepas tapisan 1.