Kembali Bermain Boling Setelah 2 Tahun Berehat | Selama 2 tahun lebih berehat bermain boling, kini kembali semula dengan hobi yang telah ditinggalkan. Kali terakhir bermain boling ketika pertandingan persahabatan boling dengan Sarawak Energy Berhad (SESCO) di Megalanes Emart Batu Kawah, Sarawak. Berhenti bukan kerana ‘pencen’ tapi ianya bermula sejak isteri melahirkan anak lelaki kami yang sudah berumur 2 tahun 2 bulan dan selama itulah saya merehatkan diri bermain boling.
Apa yang ‘hilang’ setelah 2 tahun berehat?
- Bola boling rosak, pecah, merekah kerana terlalu lama disimpan di stor rumah.
- Skill tumpul, perlu bermain 2 atau 3 game baru dapat rentak balingan semula.
- Hilang kawan bermain, semua sibuk dengan keluarga masing-masing
![]() |
Free Game Voucher From Riverside Superbowl |
Tak sangka hari ini dapat ‘durian runtuh’ ! dapat pulak 30 Free Game Voucher daripada Riverside Superbowl Management Sdn Bhd. Voucher ni memang nak pujuk saya bermain balik lah ni haha..memang dah planning nak start bermain lagi cuma masa saja yang kurang mengizinkan..
Main boling tak lah hebat, tapi bolehlah kampung-kampung haha..
Hari ini sempatlah bermain sebentar, bermain dengan In-House Ball memang susah. Lubang jari terlalu besar dan mudah terlepas dari tangan. Nampak gayanya, saya perlu membeli bola boling yang baru. Nak beli mahal-mahal memang tak mampu, kita beli yang termampu saja lah nanti kan..hehe..
Sukan Jabatan di Johor Bharu akan bermula bulan hadapan, saya dan 4 orang pegawai lain akan mewakili Kuching, Sarawak. Diharap bolehlah menyumbangkan sedikit tenaga untuk Jabatan nanti.
Best juga main boling ni. Saya jarang main.. tapi bila main memang selalu strike (secara tidak sengaja).. *bukan riak*
Padahal main suka2 je pun. Sejak saya tergelincir depan orang ramai hari tu, saya tak jejak tempat-tempat macam ni lagi..
banyak juga voucher yg dpt tu..puas hati main…
kalau dah lama tinggal, dah tumpul dah tu. kena asah balik. sy ni x jugalah teror, tapi selalu juga dapat rezeki strike �� padahal main baling ja. lepas lama tinggal, bila main balik semua bola ke longkang tepi. aduhhh
Saya juga lama tak main bowling.. Cuma main bowling macam tak enjoi sangat la