May 30, 2023

Kemaskini BSH (Bantuan Sara Hidup) 2019

Cara Kemaskini BSH (Bantuan Sara Hidup) 2019 | Setelah memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei 2018, kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Bantuan tersebut diumumkan pada 30 Mei yang lalu dan penerima-penerima BSH akan menerimanya secara berperingkat bermula 6 Jun 2018. Dianggaran sejumlah RM 1.6 bilion telah diperuntukkan untuk diberi kepada mereka yang layak menerima BSH.
Lebih 4 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan sara hidup 2018 dan bagi penerima BR1M tahun 2018, mereka layak menerima BSH secara automatik. Namun, bagi penerima bantuan Kad Debit Diskaun Siswa, mereka tidak layak untuk menerima BSH.
Syarat Kelayakan BSH
Bagi penerima BSH, mereka akan dibahagikan kepada tiga kategori:
Kemaskini BSH (Bantuan Sara Hidup) 2019
Bagi menjamin ketulusan dan hanya penerima yang layak sahaja dapat menerima bantuan sara hidup ini, LHDN akan membuat semakan yang teliti bagi setiap permohonan yang dibuat. Maklumat- maklumat yang diisi dan diserahkan akan diteliti dan dirujuk ke jabatan- jabatan seperti Jabatan Pendaftaran Negara sebelum disahkan. Jika berlaku penipuan atau penyalahgunaan maklumat oleh pemohon, permohonan tersebut akan ditolak serta merta.
Bantuan sara hidup akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada tarikh yang telah ditetapkan. Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank, satu baucar kelulusan akan dikeluarkan dan baucar tersebut boleh ditunaikan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional. Selain Bank Simpanan Nasional, baucar BSH boleh juga ditunaikan di bank dalam senarai berikut:
  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. CIMB BANK BERHAD
  10. HONG LEONG BANK
  11. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  12. MAYBANK
  13. OCBC BANK
  14. PUBLIC BANK BERHAD
  15. RHB BANK BERHAD
  16. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  17. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Bagi penerima kategori 2 dan 3, BSH akan dikreditkan bermula bulan Ogos 2018 dan masing- masing akan menerima RM 300 dan RM 400. Penerimaan bantuan sara hidup tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan kerajaan.
Semakan keputusan kelulusan penerimaan BSH boleh dibuat di portal https://bsh.hasil.gov.my/ atau boleh terus merujuk ke pejabat Sekretariat MOF di alamat Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya. Atau boleh hubungi ditalian 1800-88-2716 atau emel ke BR1M@treasury.gov.my
Permohonan yang gagal, boleh membuat rayuan semula. Bagi memudahkan urusan, setiap penerima BSH perlu mengemaskini maklumat yang berkenaan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali. Proses kemaskini maklumat penting bagi memudahkan penerimaan permohonan BSH pada masa akan datang. Antara maklumat yang perlu dikemaskini termasuk:
Status perkahwinan (berkahwin, cerai atau kematian pasangan)
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Cara Kemaskini BSH online 2019
  1. Sila layari portal eBR1M
  2. Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
  3. Sila masukkan Nombor Mykad
  4. Klik KEMASKINI PERMOHONAN
  5. Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup akan dipaparkan di akaun facebook rasmi LHDN.
Persoalannya disini, adakah Bantuan Sara Hidup (BSH) diberikan kepada individu bujang seperti BR1M sebelum ini? Kalau dapat, berapa? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *