Kasut Formal Lelaki Dan Penjawat Awam | Penjawat awam telah ditetapkan peraturannya dalam Pekeliling Perkhidmatan, manakala pekerja swasta pula terikat dengan peraturan Syarikat tempat mereka bekerja. Ada profesion yang memerlukan kita berpakaian profesional, dan ada yang santai.
Kasut formal merupakan kasut yang digunakan untuk bekerja. Kasut lain seperti casual shoes, sport shoes, atau kasut-kasut lain adalah keperluan harian kita. Anda hanya perlukan 1 kasut formal untuk urusan kerja, jika ada 2 kasut formal lebih baik.
Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda bagaimana rupa kasut formal dan cara penjagaannya. Ramai yang tak kisah, tapi jika mahu kasut boleh dipakai lebih lama, buat 3 perkara yang akan saya sebutkan dibawa ini.
![]() |
Bungkusan kasut baru yang saya beli online |
![]() |
Kasut Formal |
Kasut juga ada cara penjagaannya tersendiri. Bukan hanya beli dan pakai tapi ada beberapa perkara penting perlu dibuat agar kasut anda lebih tahan lama. Sebelum anda menggunakan kasut BARU, pastikan 3 langkah ini dibuat dahulu jika anda betul-betul sayang kasut anda.
#1 – Pasang Kiwi + Lilin + Bakar = Kalis Air Atau Kiwi Sahaja
Untuk kasut kulit/leather boleh menggunakan teknik ini, sapukan lilin diatas kasut kemudian, sapu kiwi dan boleh bakar supaya boleh menutup rongga mengelakkan air meresap masuk ke dalam kasut. Kalau belum pernah buat, cara ini memang boleh di buat di mana-mana tukang kasut yang anda tahu. Namun, menyapukan kiwi leather mengikut warna kasut pun penjagaan yang baik juga.
#2 – Pasang Ladam Pada Tumit Kasut
Tumit kasut lazimnya akan ‘haus’ atau cepat rosak disebabkan geseran diantara lantai dan kaki kita. Hentakan berkali-kali akan menyebabkan kehausan tumit kasut. Memasang ladam pada tumit sangat membantu mengelakkan masalah ini. Pasang terus selepas anda membeli kasut baru, dijamin tahan lama tumit tu. Ladam habis, pasang semula ya.
#3 – Jahit Kasut
Ada sesetengah kasut yang anda beli hanya menggunakan gam, ada juga yang telah siap dengan jahitan. Jika kasut anda hanya digam, jika terkena air lama-lama gam akan hilang, menjahit kasut sangat membantu untuk mengelakkan kasut mudah terburai dari tepi, tumit atau depan kasut.
Kasut formal yang dijaga dengan baik mestilah boleh digunakan dengan lebih lama. Amalkan 3 cara penjagaan ini dan nikmati penggunaan kasut kesayangan anda lebih lama. Ingat, bila dapat kasut baru teruskan buat 3 perkara ini.
Kasut formal ni banyak je dijual secara online sekarang. Dah tak perlu bersusah payah mencari parking di shopping mall selalu, pilih online je kasut akan datang depan pintu rumah anda.
Apalagi, jom shopping kasut formal anda sekarang…
wow..cantik la kasut bro..
sewaktu kerja restoren dulu banyak kali kasut saya rosak disebabkan air..
belum ada ilmu penjagaan kasut
wahh cantik kasut tu..nampak berkualiti..ni mesti mahal ni.hehehe..
Haha..tak sampai RM100 pun, tapi kalau pasang ladam dan jahit dulu..kasut akan tahan lama sikit 🙂
Kalau beli mahal mesti sayang kasut bro..hehe
cantik gak kasut tu, bagi saya tak kisah mahal kasut ni sbb utk kesihatan kaki. saya jarang beli kasut sebab selalu saya beli kasut memang mahal
Suami memang suka meng'kiwi' kasut formal dia. Nampak cantik katanya berkilat-kilat
Lawa kasut… Tak hangus ke kasut tu terbakar?
CANTIKLAH KASUT TU.