May 31, 2023

Karnival STEP JobsMalaysia 2016 (Siswa Transformation Employability & Entrepreneurship Program) Di UiTM Shah Alam

Karnival STEP JobsMalaysia 2016 di UiTM Shah AlamUntuk makluman, Malaysia Retailers Association (MRA) dengan kerjasama UiTM Shah Alam (Institute of Business Excellence)  dan penganjur utama Mentor Skills Sdn Bhd dengan kerjasama JobsMalaysia Cyberjaya dalam mempromosikan kekosongan jawatan dalam Karnival STEP ini.



Objektif Karnival STEP 2016 ini adalah untuk menyediakan platform kepada industri peruncitan untuk mendapatkan sumber bekalan tenaga kerja yang terdiri dari para graduan khususnya bidang peruncitan serta pelbagai jurusan lain dan lepasan sekolah. Ianya memberi pendedahan peluang kerjaya dalam industri serta menarik minat para graduan dan lepasan sekolah untuk memilih sektor peruncitan sebagai cabang kerjaya.

Berapa Banyak Syarikat Terlibat?

Sebanyak 15-20 syarikat peruncitan di bawah naungan MRA akan turut serta dengan menawarkan lebih dari 1,000 kekosongan jawatan seperti Jawatan Penyelia, Pelatih Pengurusan, Eksekutif, Pelatih dan Pengurus Cawangan dan sebagainya di seluruh Malaysia.

Anggaran gaji dan jawatan yang ditawarkan:

Kelulusan
Anggaran Skala Gaji Kasar
Jawatan

Ijazah

RM2,100 – RM3,500
Management Trainee, Retail Trainee, Retail Trainee Manager, Shop/Outlet Asisstant Manager

Diploma

RM1,500 – RM2,100
Management Trainee, Retail Trainee, Trainee Products Supervisor
Sijil & Lepasan Sekolah Menengah

RM1,000 – RM1,500

Retail Associate, Sales Advisor

Butiran Program adalah seperti berikut:
Tarikh
13 November 2016
Tempat
Dewan Kuliah Menara SAAS, UiTM Shah Alam
Aturcara / Masa
         
    Taklimat Kerjaya Dari Syarikat (8:30 pagi -10:30 pagi)
    Sesi Temuduga dengan Syarikat (10:30 pagi – 5:30 petang)
Semoga hasrat bagi semua pihak untuk mengisi kekosongan jawatan dapat mengurangkan jumlah pengangguran dan pergantungan kepada pekerja asing tidak berterusan dapat dipenuhi.
Sebarang pertanyaan berkaitan temuduga STEP 2016 ini, sila berhubung dengan JobsMalaysia atau melalui laman Fan Page JobsMalaysia – https://www.facebook.com/JobsMalaysia.gov.my/. Pastikan anda membawa resume, sijil-sijil yang berkaitan dan berpakaian kemas sesuai untuk temuduga ketika menghadiri taklimat dan temuduga ini.
Sebagai persediaan menjalani temuduga nanti, saya galakkan anda membaca panduan Lulus Temuduga ini – Klik sini
Atau…
Baca panduan asas dalam membina kerjaya di syarikat swasta – Klik sini
Semoga berjaya nanti….

2 thoughts on “Karnival STEP JobsMalaysia 2016 (Siswa Transformation Employability & Entrepreneurship Program) Di UiTM Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *